CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21184|Reply: 0

[Sarawak] Banjir besar utara Sarawak disebabkan hujan lebat luar biasa, air pasang besar

[Copy link]
Post time 2-2-2025 11:15 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 2-2-2025 03:17 PM



Mangsa banjir membawa barangan yang dapat diselamatkan ketika tinjauan dari laluan menuju simpang jalan pesisir dan jalan alternatif Bekenu yang terputus akibat banjir pagi hari ini.

MIRI: Hujan lebat luar biasa dan air pasang besar yang berlaku serentak mengakibatkan banjir besar merentasi utara Sarawak dari Bintulu ke bahagian Miri, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Beliau memberitahu, pihak berkuasa berdepan cabaran yang tidak dijangka dalam strategi dan rancangan pengurusan bencana dengan adanya perubahan drastik dari perancangan awal.

“Corak cuara telah berubah dan kawasan yang dilanda banjir telah beralih dari Baram tahun lepas ke Bintulu tahun ini.
“Di Bekenu, pusat pemindahan banjir telah dipindahkan dua hari lalu ke SMK Bekenu kerana pusat awal di balai raya Bekenu dinaiki air,” katanya.

Awang Tengah berkata, selain itu terdapat masalah sampah setempat yang menjejaskan saliran, ketinggian isi padu air yang luar biasa dan air pasang besar menyebabkan banjir di bahagian Bintulu dan Miri.

Beliau diiringi Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datu Buckland Bangik dalam lawatannya ke pusat pemindahan SMK Bekenu dan mengadakan pertemuan dengan agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Tindakan yang akan dilakukan termasuk penghantaran bekalan makanan dan penyelarasan dengan pelbagai agensi dalam usaha pengurusan bencana.

Pusat Pemindahan Sementara (PPS) untuk mangsa banjir di Bekenu mula beroperasi tiga hari lalu dan setakat semalam menempatkan seramai 200 mangsa.

Menurut Buckland, 50 PPS kini dibuka dan beroperasi di bahagian Miri.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:52 PM GMT+8 , Processed in 0.185054 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list