Awang Tengah (dua kiri) mendengar taklimat Alexson ketika lawatan di Kampung Lereng Bukit pagi hari ini. - Gambar UKAS
MIRI: Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan turun padang meninjau keadaan terkini tanah runtuh di Kampung Lereng Bukit pada pagi ini.
Beliau turut diberikan taklimat oleh Ketua Polis Daerah Miri ACP Alexson Naga Chabu berhubung kronologi insiden, selain mendengar taklimat daripada agensi berkaitan.
Hadir sama ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri (Perancangan Ekonomi Dan Pembangunan) Dato Sri Dr Muhammad Abdullah Zaidel, Residen Bahagian Miri merangkap Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Miri Galong Luang, Ketua Bomba Zon 6 Miri Ismaidi Ismail serta wakil-wakil daripada jabatan dan agensi yang terlibat dalam operasi.
Tragedi awal pagi Rabu lepas melibatkan 12 mangsa di dua unit rumah dan telah meragut lima nyawa, dua cedera dan bakinya selamat di mana seorang ditemui di lokasi kejadian dan empat orang sempat keluar menyelamatkan diri.
|