CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21116|Reply: 0

[Sarawak] 29 tapak tanah dalam kawasan DUN Tebedu dikenal pasti alami runtuhan

[Copy link]
Post time 2-2-2025 11:22 PM | Show all posts |Read mode


Dr Simon bercakap kepada pemberita. - Gambar Galileo Petingi

SERIAN: Sebanyak 29 tapak tanah dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tebedu dikenal pasti mengalami runtuhan susulan cuaca hujan berterusan selama lima hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tebedu Dr Simon Sinang Bada berkata angka ini boleh berubah jika keadaan cuaca berterusan hujan.

“Di Tebedu, masalah banjir hanya berlaku di dua kawasan sahaja iaitu Kampung Krusen dan Kampung Rituh dengan jumlah keluarga yang terkesan hanya 15 keluarga sahaja dan mereka tidak dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Masalah yang kita alami hanya tanah runtuh dan sehingga hari ini jumlah jalan dan kawasan rumah yang mengalami keruntuhan adalah sebanyak 29 tapak,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa ditemui di PPS Dewan Masyarakat Serian di sini semalam selepas lawatan dan sidang media bersama Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Emas mengenai situasi banjir di Sarawak.

Ujar Dr Simon lagi, terdapat dua tapak tanah runtuh di Tebedu yang sangat kritikal dengan satu daripadanya di Jalan Kampung Tepoi serta memerlukan bantuan Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk dibaik pulih segera.

Katanya jika jalan tersebut tidak dibaik pulih segera dan bertambah teruk, Kampung Tepo akan terputus jalan perhubungan.

“Ada juga beberapa buah rumah yang terjejas akibat tanah runtuh dan saya telah ambil tindakan segera dengan mengarahkan kontraktor sekitar kampung untuk membersihkan runtuhan.

“Sebab kalau kita tunggu JKR mungkin lambat sikit dan sebab itu pihak kami ambil tindakan sendiri dan pembayaran kepada kontraktor juga akan saya uruskan sendiri,” katanya.

Satu lagi lokasi runtuhan tanah yang kritikal di Tebedu ialah Kampung Tema Penggal dengan jumlah penduduk seramai 200 lebih manakala Kampung Tepoi mempunyai jumlah penduduk seramai 500 lebih.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:23 PM GMT+8 , Processed in 0.051427 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list