View: 21175|Reply: 0
|
[Sarawak]
Jumlah mangsa banjir dipindah ke PPS di Tatau meningkat
[Copy link]
|
|
Mangsa yang dipindahkan ke PPS Dewan Sukan Tatau tengah hari ini.
BINTULU: Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di daerah Tatau meningkat kepada 521 orang mangsa setakat tengah hari ini.
Menurut maklumat yang diperolehi daripada PPS Dewan Sukan Tatau, 38 daripadanya merupakan mangsa tanah runtuh dari Rumah Gumbang di Sungai Cherurai.
Dengan ini, mangsa terjejas banjir meningkat daripada 392 mangsa setakat jam 5 petang kelmarin kepada 483 setakat jam 12 tengah hari ini.
Mangsa banjir ini terdiri daripada 150 ketua isi rumah (KIR) iaitu 224 lelaki dan 259 wanita dari Kampung Seberang, Kampung Baru dan Kampung Dagang.
Utusan Borneo difahamkan bahawa jumlah mangsa dijangka meningkat sekiranya hujan belum reda dan keadaan diburukkan lagi dengan fenomena air pasang besar.
Sebarang perkembangan semasa berhubung jumlah mangsa banjir yang dipindahkan ke PPS akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.
https://www.utusanborneo.com.my/2025/01/31/jumlah-mangsa-banjir-dipindah-ke-pps-di-tatau-meningkat
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|