CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20965|Reply: 0

[Sarawak] Pusat bandar Sibu masih banjir ekoran air pasang besar, hujan berterusan

[Copy link]
Post time 2-2-2025 11:44 PM | Show all posts |Read mode


Gambar yang dikongsi Ting menunjukkan keadaan di Jalan Khoo Peng Loong yang masih dinaiki air. - Gambar Clarence Ting

SIBU: Beberapa jalan di sekitar pusat bandar Sibu masih dinaiki air susulan hujan berterusan dan fenomena air pasang besar.
Pengerusi Majlis Perbandaran Sibu Clarence Ting berkata, antara jalan yang terjejas adalah Jalan Ling Kai Cheng, Jalan Khoo Peng Loong, Jalan Hua Khiew dan Jalan Merlin.  

"Turut terjejas Jalan Belian, Jalan Camar, Jalan Maling, Jalan Kiong Tung, Jalan Lanang, Jalan Ulu Sungai Merah dan Jalan Sentosa," katanya dalam hantaran di Facebook hari ini.

Sementara itu, Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Andy Alie ketika dihubungi berkata, keadaan masih terkawal buat masa ini dan pihaknya belum menerima sebarang laporan berkaitan banjir daripada penduduk.  

"Orang ramai dinasihatkan agar sentiasa berwaspada, terutama mereka yang tinggal di kawasan rendah dan berhampiran sungai," katanya.  

Sehubungan itu, orang ramai digesa mengutamakan keselamatan dan sentiasa mengikuti perkembangan cuaca serta arahan daripada pihak berkuasa.  

Setakat ini, di bahagian Sibu lima Pusat Pemindahan Sementara (PPS) telah dibuka dan seramai 983 mangsa dipindahkan.  


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.052608 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list