CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21306|Reply: 0

[Sarawak] Masih ada penduduk terperangkap di rumah belum dapat bantuan penuh

[Copy link]
Post time 2-2-2025 11:56 PM | Show all posts |Read mode


Dr Rundi menemui mangsa banjir di PPS Balai Raya Sebauh.- Gambar UKAS

BINTULU: Masih terdapat penduduk yang terperangkap di rumah di daerah Sebauh yang belum mendapat bantuan penuh termasuk bekalan makanan dan ubat-ubatan walaupun keadaan banjir di Bintulu semakin pulih.  

Menteri Industri Makanan, Komoditi dan Pembangunan Wilayah Dato Sri Dr Stephen Rundi Utom berkata, beberapa keluarga di kawasan hulu termasuk Tubau, Jelangong dan daerah Sebauh masih terperangkap akibat jalan terputus dan paras air yang belum surut sepenuhnya.  
  
Memetik laporan Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) Dr Rundi berkata, di hulu ada isi rumah yang belum dapat keluar dan tidak mendaftar di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Mereka juga perlu diambil kira kerana turut terjejas, terutama dari segi bekalan makanan dan ubat-ubatan," katanya semasa lawatan ke PPS Balai Raya Sebauh hari ini.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kemena berkata, bantuan perlu segera disalurkan bagi memastikan kebajikan dan kesihatan mereka tidak terjejas.  

Beliau turut mengingatkan penduduk agar berhati-hati dengan penggunaan elektrik serta peka dengan keadaan jalan yang banyak runtuh akibat banjir.

Katanya, kita perlu bekerja sebagai satu pasukan untuk memastikan semua mangsa menerima bantuan dan tidak ada yang tercicir.  

Dalam pada itu beliau menggesa pihak berkuasa menambah baik sistem pengurusan bencana termasuk memperbaiki sistem saliran dan memperkukuh persediaan menghadapi fenomena air pasang besar pada masa akan datang.  

"Pihaknya akan terus memantau situasi dan bekerjasama dengan agensi berkaitan bagi memastikan semua mangsa termasuk yang masih terperangkap mendapat perhatian sewajarnya," katanya.

Lawatan itu turut disertai Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian Bintulu merangkap Residen Bahagian Bintulu Datu Nyurak Keti, Pegawai Daerah Sebauh Thadeus Ling Bartholomew Allu dan Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Bahagian Bintulu Wan Muhammad Hasif Wan Jamari.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:18 PM GMT+8 , Processed in 0.111459 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list