CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20611|Reply: 17

[Tempatan] Restoran mamak sedia terima etnik Rohingya sebagai pekerja jika dibenarkan kerajaan - PRESMA

[Copy link]
Post time 3-2-2025 12:50 AM | Show all posts |Read mode



Restoran mamak sedia terima etnik Rohingya sebagai pekerja jika dibenarkan kerajaan - PRESMA[size=0.82]Oleh Tuty Haryanti Ahmad Rodzi
[size=0.82]Februari 1, 2025 @ 3:07am

[size=0.82][email protected]



[size=0.82]

estoran mamak dibawah naungan Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) mendedahkan iklan kerja kosong tidak mendapat sambutan yang diharapkan bagi mengambil pekerja tempatan menerusi Jabatan Tenaga Kerja di bawah Kementerian Sumber Manusia. Susulan itu, Presiden PRESMA, Datuk Jawahir Ali Taib Khan, berkata yang mereka tidak mempunyai pilihan selain mengharapkan kerajaan membenarkan pengambilan pekerja asing bagi memenuhi keperluan operasi ahli masing-masing. Katanya lagi kepada Berita Harian, pihaknya juga tiada masalah untuk menggajikan pekerja dalam kalangan etnik Rohingya yang berada di negara ini selagi mereka mempunyai dokumen yang teratur serta dibenarkan oleh kerajaan untuk diambil bekerja.

Untuk mengambil etnik Rohingya yang memegang kad Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), saya difahamkan ketika ini belum ada dasar yang jelas lagi mengenai mereka. Kami tiada masalah untuk mengambil mereka untuk bekerja jika langkah itu dibenarkan oleh pihak berkuasa,” ujarnya lagi.

Malah, pihaknya berterima kasih kepada kerajaan yang sedia berbincang bersama agensi berkaitan mengenai permintaan berhubung kebenaran membawa masuk pekerja asing dalam sektor restoran susulan masalah yang dihadapi untuk mendapatkan pekerja tempatan walaupun pelbagai inisiatif sudah diambil ahlinya. Ahli PRESMA juga sedia mematuhi pelaksanaan Perintah Gaji Minimum baharu yang menyaksikan kenaikan haji minimum RM1,700 sebulan berkuat kuasa mulai hari ini berbanding sebelum ini RM1,500 sebulan.

“Berhubung gaji minimum itu, PRESMA bukan saja memastikan ia dipatuhi, malah ahli kami memberi nilai tambah seperti menyediakan makanan percuma, selain ada yang menyediakan kemudahan asrama yang selesa untuk pekerja masing-masing. Sebelum ini, PRESMA pernah beberapa kali mengadakan temuduga terbuka untuk orang ramai, namun ia tidak mendapat sambutan. Jadi, tidak timbul isu PRESMA tidak mahu menggaji pekerja tempatan sebaliknya faktor kesesuaian menjadi antara penyebab kenapa ia tidak mendapat sambutan,” katanya.

Jawahir mengakui, pekerja tempatan yang tidak biasa dengan sektor restoran, mungkin berdepan masalah untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran serta memastikan kualiti makanan dan minuman yang disediakan. Oleh itu, PRESMA menyambut baik sekiranya Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) dapat membantu pemilik restoran mendapatkan pekerja tempatan untuk menjadi sebahagian daripada tenaga kerja dalam bidang itu.​


https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1356041/restoran-mamak-sedia-terima-etnik-rohingya-sebagai-pekerja-jika#








Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2025 01:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Mungkin orang Malaysia fikir bekerja di restaurant mamak ni sebagai kelas bawahan. Rugilah jika orang melayu tak mau bekerja di restaurant mamak dan belajar masakan mamak dan satu hari nanti melayu boleh buka restaurant mamak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 01:08 AM | Show all posts
Edited by silance at 3-2-2025 01:13 AM

Katanya lagi kepada Berita Harian, pihaknya juga tiada masalah untuk menggajikan pekerja dalam kalangan etnik Rohingya yang berada di negara ini selagi mereka mempunyai dokumen yang teratur serta dibenarkan oleh kerajaan untuk diambil bekerja.


Bangkang.

Nehi nehi kabhi nehi, huhh!!!

Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 09:49 AM | Show all posts
Edited by nusaraya at 3-2-2025 09:50 AM

Kapan lagi bisa menggunakan tenaga kerja bangsa Rohingya yang mahu bekerja keras tetapi mahu digaji "Sangat Rendah"   atau bahkan "X digaji" sama sekali  mengingat status mereka yang masih abu-abu atau X jelas ...

Bayangkan keuntungan besar yang bisa anda raih jika anda serius mendaya-gunakan berjuta-juta pendatang asing untukmelakukan pekerjaan "kotor" untuk anda semua .. Abaikan protes dunia karena memang anda sudah "Bebal" menyangkut masalah racism, perkauman, perdagangan manusia etc etc ...
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Bukan ke dah ada gaji minimum 1700 skrg..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 10:03 AM From the mobile phone | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 3-2-2025 01:05 AM
Mungkin orang Malaysia fikir bekerja di restaurant mamak ni sebagai kelas bawahan. Rugilah jika oran ...

ada jer yg nak..cer kwn tu masalah...."apa...ko keja kedai mamak bro...dh cam bangla la ko ni".....ayat pedih lg menghiris...sb tu bebudok..akn msk hotel 3-5 bintang tuk buat keja cuci pinggan,hk bagai...tuk elak terjumpa kwn.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-2-2025 10:07 AM | Show all posts
abislah pekerja dari India tak bole carik makan
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 10:13 AM From the mobile phone | Show all posts
laaaa mcm menakutkn je
nnti kedai mamak pun xlaku..
bestnya roti canai
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2025 10:16 AM | Show all posts
kalau buat, kami boycot tak p
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 10:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Tempat iols.. cuci kereta depa.. barber shop depa..  kedai alteration depa.. kita bayaq cukai semput poket..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 10:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Kita tengok nanti sejauh mana rohingya ni bertahan kerja kat kedai mamak
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 10:58 AM | Show all posts
eeewuu geli.dah la makan sireh
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 11:48 AM | Show all posts
Dalcott replied at 3-2-2025 10:58 AM
eeewuu geli.dah la makan sireh

yg indian n bangla keja kedai mamak ni, ada org monitor ke depa ambik injection vaccine?
klo rohingya, cmna depa nk enforce?

tlg la enforce smua workers kedai mamak n kedai mkn pakai sarung kepala.
utk hygien jugak kan.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 12:38 PM | Show all posts
Sesuai dengan tema. Kalau gajikan PRC baru lah tak sesuai. Iols is approve.
- dari ku yang ala2 boikot taik kuceng kedai mamak
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 01:34 PM | Show all posts
..lagi dan lagi perancangan buang masa, sia-sia. Ini adalah perancangan buang masa yang sia-sia dari pihak negara Malaysia tak kira la dari ngo ke presma ke! Sebab apa? Sebab semua perancangan ni bukan datang dari kehendak, bukan cadangan ataupun bukan buah fikiran oleh puak terutamanya dari pengerusi persatuan Rohingya sendiri, they already have their own agenda. Ko ingat dia hadap sangat ke nak jadi waiter tu, silap-silap dia akan offer untuk ambil alih teraju restoren tu..
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 01:42 PM | Show all posts
FOTHER-MUCKER replied at 3-2-2025 01:05 AM
Mungkin orang Malaysia fikir bekerja di restaurant mamak ni sebagai kelas bawahan. Rugilah jika oran ...

kawan aku dulu penah part time mamak.  ko tau tak cctv tu gunanye utk ape? utk bos pantau mana staf yang duduk masa kastemer takde bukan utk keselamatan pun. ajer giler.  pastu ko nampak kastemer ko tak cepat2 pegi layan tu pun bleh potong gaji. baik keje hotel relaks skit
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2025 01:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyokong Pegawai Kesihatan KKM flip table...mamak dengan pekerja sedia ada sekarang pun banyak non-compliance bila spot check.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2025 05:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kimma betol la
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:45 PM GMT+8 , Processed in 0.355054 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list