CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19751|Reply: 0

[Sarawak] Feri ketiga di Tanjung Gelang, Batang Igan mulakan operasi pada 1 Februari

[Copy link]
Post time 3-2-2025 01:08 AM | Show all posts |Read mode


Notis pemberitahuan JKR mengenai perkhidmatan feri di Batang Paloh.

KUCHING: Feri ketiga di Tanjung Gelang (Batang Paloh) dan Batang Igan di Mukah, bakal memulakan operasinya pada 1 Februari 2025.

Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak menerusi notis pemberitahuan di media sosial rasminya hari ini, memaklumkan bahawa bagi jadual perjalanan perkhidmatan di Batang Paloh, feri kedua dan ketiga akan beroperasi dari jam 6 pagi hingga 12 tengah malam.
Sementara feri pertama di Batang Paloh akan beroperasi hanya dari jam 4 pagi hingga 8 malam.

Manakala untuk jadual perjalanan bagi Kuala Igan pula, perkhidmatan feri kedua dan ketiga ia beroperasi dari jam 6 pagi hingga 8 malam sementara feri pertama beroperasi dari jam 4 pagi hingga 12 malam.

Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol berkata penambahan perkhidmatan feri ketiga itu amat diperlukan bagi melancarkan perjalanan kenderaan.

Katanya, ia kerana dijangkakan berlaku keadaan di mana banyak kenderaan yang akan menunggu lama di laluan feri Batang Paloh.
“Permohonan bagi penambahan (perkhidmatan) feri ini telah dibuat lebih awal iaitu sebelum Jambatan Batang Lassa dibuka kepada awam.

“Ini kerana kita menjangkakan keadaan di mana banyak kenderaan akan menunggu lama di laluan feri Batang Paloh, maka itu perkhidmatan tiga feri amat diperlukan bagi melancarkan perjalanan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Abdullah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Semop dalam pada itu berharap pembinaan Jambatan Batang Paloh dipercepatkan dan siap mengikut jadual seperti yang dijanjikan oleh kontraktor.

“Saya juga akan membuat permohonan rasmi supaya jalan antara Jambatan Batang Lassa dan Batang Paloh di Pulau Bruit dinaik taraf.

“Ini kerana jalan raya yang sedia ada agak sempit untuk menampung jumlah kenderaan yang semakin meningkat pada masa akan datang,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:48 PM GMT+8 , Processed in 0.048565 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list