CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 19554|Reply: 0

[Sarawak] Rumah Terbuka TBC Ahli Parlimen Bintulu, PDP pada 9 Feb dibatalkan, tumpu usaha bantu mangsa banjir

[Copy link]
Post time 3-2-2025 01:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 2-2-2025 05:20 PM



Tiong melawat mangsa banjir di PPS Dewan Suarah Bintulu.

BINTULU: Penganjuran Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina Ahli Parlimen Bintulu dan Parti Demokratik Progresif (PDP) yang dijadualkan pada 9 Februari 2025 di Dewan Suarah Bintulu terpaksa dibatalkan bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha-usaha membantu mangsa-mangsa banjir.

Menteri Pelancongan Seni dan Budaya Malaysia merangkap Ahli Parlimen Bintulu dan Ahli Dewn Undangan Negeri (ADUN) Dudong Dato Sri Tiong King Sing berkata, ramai mangsa kehilangan tempat tinggal, harta benda dan mengalami kerugian besar susulan banjir teruk yang melanda Bintulu.

"Situasi ini memerlukan usaha kolektif jangka panjang untuk mengatasi cabaran sukar ini.

"Oleh itu, dengan berat hati, penganjuran rumah terbuka Tahun Baharu Cina yang dijadualkan pada 9 Februari 2025 terpaksa dibatalkan.

"Ini bagi menumpukan sepenuh perhatian kepada usaha-usaha membantu mangsa-mangsa banjir," kata Tiong yang merupakan Presiden PDP dalam kenyataan hari ini.

Katanya, hari ini beliau telah melawat pusat pemindahan sementara (PPS) di Dewan Suarah dan Paragon untuk meninjau dan memastikan keperluan mangsa-mangsa banjir mencukupi.

Sambil menzahirkan rasa simpati katanya, beliau menggesa pihak berkuasa yang berkaitan untuk menjalankan tanggungjawab masing-masing demi memastikan PPS ini memenuhi piawaian yang sepatutnya dan setiap keperluan asas mangsa dijaga dengan baik.  

"Semasa lawatan, saya melihat kemudahan di PPS tidak mencukupi kerana penyelenggaraan yang lemah, termasuk pendingin hawa yang tidak berfungsi, bumbung bocor, serta kapasiti khemah yang terlalu sesak.

"Saya telah mengarahkan pihak yang berkaitan supaya membuat penambahbaikan segera dan menyelaraskan sumber bagi memastikan infrastruktur tempat perlindungan ini berfungsi dengan baik," katanya.

Menurutnya,  keutamaan pihaknya adalah untuk menyediakan PPS yang selamat dan selesa untuk mereka yang terjejas.  

Pada masa sama katanya, beliau telah memaklumkan kepada pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) bahawa pengagihan makanan di semua PPS perlu diuruskan dengan baik dan teratur, memastikan setiap mangsa yang dipindahkan mendapat makanan dan bekalan keperluan yang mencukupi, pastikan tiada siapa yang tercicir.

Memandangkan kepadatan penduduk yang tinggi di beberapa PPS katanya, sesetengah mangsa yang dipindahkan mungkin mengalami masalah kesihatan berikutan banjir.

Katanya, esok, pasukan perubatan akan ditempatkan di Dewan Suarah untuk menjalankan saringan kesihatan dan bantuan perubatan kepada mangsa-mangsa banjir.

Selain itu katanya, beliau telah berhubung dengan pihak Jabatan Kesihatan Bintulu untuk menggerakkan kakitangan perubatan dari kawasan lain untuk membantu PPS yang ada.

"Saya akan terus memantau keperluan mereka yang terjejas dan menyelaraskan lebih banyak sumber untuk menyediakan bantuan menyeluruh, serta memastikan mangsa-mangsa banjir dapat mengharungi waktu sukar dan mencabar ketika ini.

"Kekal kuat  semua, saya sentiasa ada bersama kalian," kata Tiong.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:37 PM GMT+8 , Processed in 0.378187 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list