CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20465|Reply: 1

[Sarawak] Kes 4WD tenggelam: Lelaki dikhuatiri lemas dijumpai selamat

[Copy link]
Post time 3-2-2025 01:26 AM | Show all posts |Read mode


Pasukan bomba memeriksa di lokasi kenderaan mangsa yang tenggelam akibat banjir.

SIBU: Seorang lelaki yang dikhuatiri lemas selepas kenderaan pacuan empat roda yang dipandunya tenggelam di dalam longkang di tepi jalan yang sedang dilanda banjir di Jalan Ling Kai Cheng, tengah malam tadi, ditemukan selamat.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon Sibu, Andy Alie berkata, mangsa berusia 53 tahun datang ke Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sungai Merah pada 10.57 pagi tadi.

“Mangsa memaklumkan, semasa kejadian kenderaan terbabit dipandu bersendirian dan mangsa berjaya keluar dan tiada mengalami sebarang kecederaan.

“Operasi mencari dan menyelamat mangsa (SAR) ditamatkan pada jam 11 pagi," katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, dilaporkan seorang lelaki dikhuatiri lemas selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya tenggelam di dalam longkang di tepi jalan yang sedang dilanda banjir di Jalan Ling Kai Cheng, tengah malam tadi.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-2-2025 11:52 AM | Show all posts
semoga selamat
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:59 PM GMT+8 , Processed in 0.068039 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list