CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20272|Reply: 1

[Perlis] Wanita direman 4 hari bantu siasatan kes buang bayi

[Copy link]
Post time 3-2-2025 01:38 AM | Show all posts |Read mode
Wanita direman 4 hari bantu siasatan kes buang bayi

BERNAMA




GAMBAR hiasan




Kangar: Seorang wanita berusia 29 tahun direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes pembuangan bayi di hadapan sebuah rumah di Jalan Kampung Rama, Kuala Sanglang, Simpang Empat dekat sini pada 19 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Kangar Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata wanita itu yang bekerja sebagai pembantu kedai makan ditahan di sebuah rumah di Simpang Empat pada 2.55 pagi tadi.

Beliau berkata suspek yang disiasat mengikut Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dengan niat membuang bayi tinggal bersama empat anaknya yang masih kecil manakala suami wanita itu berada di sebuah pusat pemulihan dadah.

"Siasatan awal mendapati wanita itu dipercayai telah melahirkan bayi perempuan di dalam tandas seorang diri di sebuah rumah di Kampung Permatang Kersek, Simpang Empat kira-kira 6.30 petang, 18 Januari lalu," katanya dalam kenyataan malam ini.

Yusharifuddin berkata pada keesokannya, suspek disyaki pergi ke Kampung Rama dengan sebuah kereta milik rakannya untuk membuang bayi itu.

Bernama pada 19 Januari lalu melaporkan seorang bayi perempuan dibaluti tuala dan diletakkan dalam beg plastik beralaskan kain pelekat ditemukan di hadapan sebuah rumah di Simpang Empat dan Yusharifuddin dipetik sebagai berkata keadaan bayi itu sihat.



Disiarkan pada: Februari 3, 2025 @ 12:05am

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/02/1183181/wanita-direman-4-hari-bantu-siasatan-kes-buang-bayi




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2025 08:03 AM | Show all posts

Siasatan awal mendapati wanita itu dipercayai telah melahirkan bayi perempuan di dalam tandas seorang diri. - Foto PDRM Kangar


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:43 PM GMT+8 , Processed in 0.050225 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list