CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20302|Reply: 0

[Kedah] Abdul Gafar dilantik Datuk Bandar Alor Setar

[Copy link]
Post time 3-2-2025 01:43 AM | Show all posts |Read mode
Abdul Gafar dilantik Datuk Bandar Alor Setar

Noorazura Abdul Rahman[email protected]




ABDUL Gafar membaca ikrar selepas dilantik sebagai Datuk Bandar Alor Setar. FOTO Noorazura Abdul Rahman





Alor Setar: Bekas Pegawai Daerah Kuala Muda, Datuk Abdul Gafar Yahya dilantik sebagai Datuk Bandar Alor Setar, berkuat kuasa hari ini.

Abdul Gafar, 54, menggantikan Datuk Mohd Yusri Md Daud yang bersara wajib, 30 Januari lalu.

Beliau mengangkat sumpah di hadapan Ahli Majlis Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), pengarah jabatan dan ketua bahagian serta jemputan khas yang hadir pada Majlis Pelantikan Datuk Bandar Alor Setar.
Abdul Gafar berkata, beliau berterima kasih kepada kepimpinan kerajaan negeri atas pemilihan dan pelantikannya ke jawatan itu.

"Saya berasa bangga dan cukup bertuah menerima jawatan ini kerana MBAS adalah penerima anugerah lima bintang bagi Sistem Penarafan Bintang Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Anugerah Bandar Mampan, Anugerah Penerima Asean Standards Clean Tourist City 2024-2026 dan banyak lagi.

"Saya bersedia untuk berkhidmat dan menggembleng tenaga bagi memastikan segala keperluan penduduk di daerah ini dapat dipenuhi dan dijaga dengan baik," katanya ketika ditemui.

Beliau berkata, sebagai Datuk Bandar baharu, beliau akan memberi fokus kepada tiga perkara iaitu adaptasi, kolaborasi dan inovasi untuk kemajuan Bandaraya Alor Setar.

"Saya akan cuba menyesuaikan fokus itu dengan semua lapisan masyarakat dan berkolaborasi," katanya.

Abdul Gafar berkata, pihaknya akan turun padang dengan lebih kerap untuk memastikan isu seperti banjir kilat, kemudahan awam dan kebersihan dapat diatasi.

"Saya juga ingin menjemput anak muda untuk bersama berkarya dengan MBAS, sekiranya mereka ada aktiviti atau program yang ingin dibuat, mereka boleh berjumpa saya," katanya.



Disiarkan pada: Februari 2, 2025 @ 1:55pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/02/1183038/abdul-gafar-dilantik-datuk-bandar-alor-setar




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:03 PM GMT+8 , Processed in 0.046382 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list