CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 20134|Reply: 0

[Pulau Pinang] 'Sesiapa sahaja yang nak masuk Pas kita alu-alukan'

[Copy link]
Post time 3-2-2025 01:53 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 3-2-2025 01:54 AM

'Sesiapa sahaja yang nak masuk Pas kita alu-alukan'

MOHD ISKANDAR OTHMAN
02 Februari 2025 02:58pm




Laporan Sinar Harian berhubung cadangan Zaid supaya Khairy menyertai Pas sekiranya beliau mahu kembali aktif dalam arena politik. (Muhammad Fawwaz)




PERMATANG PAUH - Pas terbuka menerima kemasukan sesiapa sahaja termasuk bekas Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin ke dalam parti berkenaan.

Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Mohamad Jan berkata, cadangan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Undang-Undang), Datuk Zaid Ibrahim supaya Khairy menyertai Pas membuktikan parti itu kini lebih diyakini dan mampu membawa perubahan kepada Malaysia.

"Saya rasa itu satu perkara yang sangat baik sebenarnya menunjukkan bahawa orang yang berada di Malaysia ini mula melihat berkaitan dengan keyakinan dan kemampuan Pas sebenarnya.

"Kalau tidak dia tidak cadangkan Pas, apa salah dia cadang balik masuk UMNO, tapi nampak gaya seolah-olah mereka nampak UMNO tak boleh bergerak ke hadapan untuk rakyat Malaysia pada masa akan datang," katanya ketika ditemui Sinar Harian di sini, pada Ahad.


Muhammad Fawwaz ditemui ketika menghadiri Majlis Walimatul Urus Perdana Peringkat Permatang Pauh di Ma'had Ad'Dawah Al Islamiyyah di Padang Menora.

]
Tiga pasangan pengantin yang diraikan dalam Majlis Walimatul Urus Perdana Peringkat Permatang Pauh di Ma'had Ad'Dawah Al Islamiyyah di Padang Menora.




Muhammad Fawwaz yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, Pas mengalu-alukan penyertaan sesiapa sahaja namun individu berkenaan mesti mematuhi peraturan dan struktur di dalam parti.



"Pas ini terbuka kepada sesiapa sahaja, sesiapa sahaja boleh masuk. Tetapi di dalam Pas ini dia ada peraturan dan strukturnya. Seperti Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim dan bekas Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Tan Sri Annuar Musa bila masuk duduk bersama dalam struktur.

"Sesiapa sahaja yang nak masuk semua kita alu-alukan," katanya lagi.

Pada Sabtu Zaid dalam dalam audio siar terbaharunya mencadangkan Khairy menyertai Pas jika ingin muncul semula dalam politik.

Zaid turut menolak idea jika bekas Menteri Kesihatan itu menubuhkan parti baharu, memandangkan laluannya berliku.

Pada 27 Januari 2023, Khairy dipecat disebabkan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).


Beliau sebelum ini pernah ditawarkan jawatan Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) oleh Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin jika memutuskan untuk menyertai parti berkenaan.

Muhyiddin menyatakan ketika itu ada dua kekosongan MPT dan pelawaan kepada Khairy Jamaluddin dibincangkan dengan pemimpin parti lain, namun menegaskan beliau memerlukan masa memberi kata putus.


https://www.sinarharian.com.my/article/710435/berita/politik/sesiapa-sahaja-yang-nak-masuk-pas-kita-alu-alukan


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 09:51 PM GMT+8 , Processed in 0.233597 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list