CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4980|Reply: 0

[Sarawak] Kes mangsa banjir enggan berpindah ke PPS dipertimbang bagi tentukan layak terima RM1,000

[Copy link]
Post time 3-2-2025 09:30 AM | Show all posts |Read mode


Uggah ketika ditemui pemberita semasa lawatan ke PPS di Dewan Ranchan, Serian. - Gambar Chimon Upon

SERIAN: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) akan mempertimbangkan kes mangsa banjir yang memilih untuk tinggal bersama saudara berbanding berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) bagi menentukan mereka layak menerima bantuan RM1,000.

Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas yang juga pengerusi JPBNS berkata, buat masa ini pegawai pengurusan bencana bahagian diminta menyusun senarai mangsa yang dipindahkan dan menilai sebab mereka tidak berpindah ke PPS.

“Kita telah mengarahkan pegawai pengurusan bencana bahagian untuk menilai sebab mereka tidak berpindah ke PPS.

“Jika mereka ada alasan yang munasabah, kita boleh pertimbangkan,” katanya ketika ditemui pemberita semasa melawat mangsa banjir di PPS Dewan Ranchan hari ini.

Uggah berkata demikian ketika mengulas mengenai aduan mangsa banjir yang mendakwa mereka dinafikan mendapat bantuan kewangan kerana memilih tinggal bersama ahli keluarga berbanding berpindah ke PPS.

Mengulas lanjut, beliau berharap penduduk yang terjejas banjir mematuhi arahan pihak berkuasa untuk berpindah sekiranya banjir semakin teruk.

“Jika ada yang enggan berpindah dan air semakin naik, keselamatan mereka menjadi tanggungjawab mereka. Maka pasukan kami berusaha untuk memindahkan mereka ke PPS,” katanya.

Beliau memberi contoh, proses pemindahan baru-baru ini di Bintulu, Tatau dan Selangau, di mana beberapa penduduk pada mulanya teragak-agak untuk keluar dan terpaksa dipujuk oleh pihak berkuasa.

“Di Bintulu, hampir 2,000 orang telah dipindahkan, membawa kepada PPS yang terlalu sesak. Ada yang pada mulanya enggan berpindah tetapi kami meyakinkan mereka.

“Perkara yang sama berlaku di Tatau dan Selangau, di mana hanya 10 daripada 20 penduduk rumah panjang bersetuju untuk berpindah,” katanya.

Ditanya mengenai anggaran kerosakan harta benda disebabkan banjir di seluruh negeri, Uggah berkata sehingga kini belum ada jumlah anggaran kerosakan di seluruh negeri.

“Kita akan mengumpul data esok (Ahad) dan kita telah mengarahkan residen setiap bahagian mengemukakan data kerosakan sama ada ia kerosakan kemudahan awam atau persendirian.

“Ia bagi memudahkan kita menilai jumlah kerosakan nanti. Kita juga mengetahui ada dana daripada kerajaan persekutuan dan daripada Premier kita (kerajaan negeri) yang telah menambahkan peruntukan RM10 juta bagi membantu meringankan beban mangsa banjir,” katanya.

Bagi menangani kebimbangan mengenai keselamatan harta benda, Uggah berkata Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata telah memberi jaminan bahawa polis, bersama-sama Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan melakukan rondaan di kawasan yang dipindahkan bagi mengelak kecurian.

“Kami mengambil semua langkah berjaga-jaga yang perlu. Penduduk yang memilih untuk tinggal perlu memaklumkan bilik gerakan supaya kes mereka dapat didaftarkan dan disemak oleh pegawai daerah dan residen sebelum diserahkan ke ibu pejabat kita,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-2-2025 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.626934 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list