CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7441|Reply: 0

[Sarawak] Lelaki didenda RM10,000 seludup minyak masak

[Copy link]
Post time 3-2-2025 04:22 PM | Show all posts |Read mode


Tertuduh keluar dari bilik Mahkamah Sesyen 4 selepas sebutan kes.

KUCHING: Seorang lelaki warga Indonesia dijatuhi hukuman denda RM10,000 atau penjara enam bulan selepas mengaku bersalah memiliki bahan kawalan berjadual tanpa lesen sah, iaitu 68 kilogram minyak masak yang cuba dibawa ke negara jiran.

Ruslan Malik, 55, membuat pengakuan bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan di hadapan Hakim Saiful Bahari Adzmi.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan kesalahan itu di jalan menuju ke Pos Kawalan Sempadan (PKS) Malaysia-Indonesia di Sematan, sekitar jam 7.40 pagi, 31 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 22(1) akta sama, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun atau denda sehingga RM1 juta atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan fakta kes, sepasukan anggota Batalion 11 Pasukan Gerakan Am (PGA) Batu Kawa telah menahan sebuah motosikal yang mencurigakan menuju ke PKS.
Pemeriksaan mendapati tertuduh membawa minyak masak berjenama Crown seberat 68 kilogram yang dikategorikan sebagai barang kawalan berjadual.

Kes kemudian dirujuk ke Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) untuk siasatan lanjut.

Hasil siasatan mendapati tertuduh tidak memiliki lesen atau permit sah bagi menyimpan atau membawa bahan kawalan tersebut.

Semasa sebutan kes, tertuduh merayu agar hukumannya diringankan dengan alasan dia menghidap penyakit jantung dan isterinya merupakan warganegara Malaysia.

Dia juga mendakwa minyak masak itu dibawa ke Indonesia untuk tujuan kenduri.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Iezzah Iburdanisha Ibrahim, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.036553 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list