CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7414|Reply: 0

[Sarawak] MBKS akan menaik taraf sistem saliran untuk mengatasi banjir

[Copy link]
Post time 3-2-2025 04:41 PM | Show all posts |Read mode


Wee bersama Dr Zaiedi dan yang lain merakam kenangan pada majlis menyambut kedatangan kumpulan tarian singa sempena Tahun Baharu Cina di Ibu Pejabat MBKS hari ini. - Gambar Rosytein Emmor

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) akan menaik taraf sistem saliran di beberapa kawasan di bawah Skim Penempatan Semula Stampin bagi mengatasi masalah banjir yang berterusan.

Datuk Bandar MBKS Dato Wee Hong Seng berkata langkah jangka pendek akan dilaksanakan, termasuk kerja-kerja menaik taraf sistem saliran sedia ada serta pemasangan pintu air (flap gate) di kawasan yang dikenal pasti.

“Kami telah turun padang untuk meninjau keadaan di Skim Penempatan Semula Stampin dan telah mengenal pasti beberapa langkah jangka pendek bagi kawasan yang sering dilanda banjir seperti Lorong 2, Lorong 17 dan Lorong 10A.

"Sebagai contoh, banjir di Lorong 2 sering terjadi apabila hujan lebat berlaku serentak dengan air pasang besar.

“Justeru, penyelesaian yang dicadangkan adalah menaik taraf longkang tepi jalan di sepanjang Lorong 7, yang bersambung ke Lorong 2 serta memasang pintu air di saliran keluar," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media semasa merasmikan Mesyuarat Pengurusan MBKS yang turut dihadiri Timbalan Datuk Bandar MBKS Dato Dr Zaiedi Suhaili di sini, semalam.

Menurut Wee, MBKS sedang berusaha mendapatkan peruntukan bagi melaksanakan projek ini secepat mungkin.

"Kami berharap dapat melaksanakannya dalam masa terdekat. Dalam mesyuarat pengurusan hari ini, kami akan meneliti bajet untuk projek ini.

"Terdapat beberapa perkara yang perlu dibincangkan dan kami akan mengambil kira semua aspek sebelum melaksanakannya," katanya.

Dalam pada itu, beliau turut mengingatkan pemilik rumah agar mengikuti prosedur yang betul sebelum melakukan sebarang pengubahsuaian, terutama yang melibatkan tambahan struktur rumah.

"Sila kemukakan pelan yang lengkap sebelum menjalankan sebarang kerja pengubahsuaian.

“Segala pengubahsuaian mesti mematuhi ordinan serta peraturan bangunan yang ditetapkan.

“Kami juga ingin memohon mereka yang melakukan penambahan di kawasan rumah masing-masing untuk lebih bertimbang rasa dan mengelakkan daripada menyekat saliran.

“Tindakan tersebut bukan sahaja akan mengganggu sistem saliran tetapi juga boleh menimbulkan risiko keselamatan," tegasnya.

Terdahulu, Wee menyambut kedatangan kumpulan tarian singa ke Bangunan MBKS, di mana satu persembahan diadakan sempena sambutan Tahun Baharu Cina.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:50 AM GMT+8 , Processed in 0.042667 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list