CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25894|Reply: 0

[Sarawak] Kadar kemalangan jalan raya menurun 59 kes

[Copy link]
Post time 3-2-2025 09:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 3-2-2025 01:59 PM

283 kes kemalangan direkod pada Ops Selamat 23 di Sarawak berbanding 342 kes dalam operasi sama tahun


KUCHING: Ops Selamat 23 yang dijalankan di Sarawak bermula 28 Januari hingga 2 Februari 2025 mencatatkan penurunan kadar kemalangan jalan raya sebanyak 59 kes berbanding tahun sebelumnya.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Dato Mancha Ata berkata, sebanyak 283 kes kemalangan jalan raya direkodkan pada Ops Selamat 23 di Sarawak berbanding 342 kes dalam operasi yang sama pada tahun lepas.

Beliau berkata dari segi jumlah kes kemalangan maut pula, sebanyak tiga kes kemalangan maut direkodkan sepanjang tempoh pelaksanaan Ops Selamat 23 berbanding tujuh kes pada Ops Selamat bagi tahun 2024, iaitu menurun empat kes.
“Sementara jumlah kematian juga menurun kepada empat kes.

“Dari segi kecederaan pengguna kenderaan yang terlibat dalam kemalangan maut, seramai tiga orang terkorban iaitu seorang penunggang motosikal, seorang pemandu lori dan seorang penumpang pacuan empat roda,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.
Dalam pada itu, Mancha berkata PDRM Sarawak telah mengeluarkan sebanyak 3,804 saman kepada pengguna jalan raya atas pelbagai kesalahan lalu lintas semasa Ops Selamat 23 kali ini.

Pihak PDRM juga ujarnya, telah melaksanakan penguatkuasaan secara Total Enforcement dan penguatkuasaan secara bersasar terhadap kesalahan yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya.

“Namun demikian, tumpuan perkhidmatan kepada pengguna jalan raya dalam kelancaran lalu lintas juga tetap dilaksanakan.
“Secara keseluruhannya, Ops Selamat 23 PDRM Kontinjen Sarawak telah berjaya merangka strategi merangkumi Ops Lancar dan Omnipressense, Show of Force, Enforcement by Objective serta advokasi nilai murni dalam memastikan respon penyuraian aliran trafik dijalankan selain memantau trend lalu lintas di lokasi yang sering berlaku kemalangan maut,” katanya.

Pihak PDRM dalam pada itu katanya, menasihati semua pengguna jalan raya agar sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas serta mematuhi arahan daripada anggota penguat kuasa yang bertugas di jalan raya terutama setiap kali menjelang musim perayaan.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.395879 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list