Edited by Vellfire at 3-2-2025 02:03 PM
![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20250203/logopolisrais.jpeg)
KAPIT: Polis Diraja Malaysia (PDRM) di sini memohon kerjasama orang ramai, khususnya keluarga atau waris terdekat, untuk menghubungi pihak berkuasa berhubung penemuan mayat seorang lelaki yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri pada 30 Disember lalu.
Ketua Polis Daerah Kapit DSP Rohana Nanu berkata mayat lelaki terbabit ditemui di kaki lima sebuah bangunan terbengkalai berhampiran Pasar Teresang di sini, kira-kira jam 1.45 pagi.
"Lelaki itu disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dan dikenal pasti secara lisan dengan nama panggilan William Jok. "Mangsa ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri serta tanpa sebarang dokumen pengenalan diri.
“Satu kertas siasatan laporan mati mengejut telah dibuka bagi kes ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Sehubungan itu, pihak polis menggesa mana-mana individu yang mengenali mangsa, terutama ahli keluarga atau saudara terdekat untuk segera menghubungi Penolong Ketua Polis Balai Kapit Sarjan Kenneth Ampis di talian 019-6426100.
Polis memberi tempoh satu minggu dari tarikh siaran media untuk mendapatkan maklumat berkaitan waris mangsa.
|