CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7295|Reply: 0

[Kedah] 1,200 pelajar kurang kemampuan terima bantuan Back to School PKNK

[Copy link]
Post time 6-2-2025 01:49 PM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 6-2-2025 01:50 PM

1,200 pelajar kurang kemampuan terima bantuan Back to School PKNK

WAN MOHD NOOR HAFIZ WAN MANSOR
06 Februari 2025 01:20pm




111 pelajar anak-anak warga kerja PKNK terima Sumbangan Wakalah Zakat Menerusi Program Back To School PKNK di Ukirmall, Alor Setar pada petang Rabu.




ALOR SETAR - Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) telah memperuntukkan RM149,600 kepada 1,200 pelajar bagi program Bantuan Back to School di seluruh negeri ini bagi sesi persekolahan 2025/2026 bermula pertengahan Februari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif PKNK, Datuk Isahak Murat berkata, sumbangan tersebut merupakan sebahagian daripada Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) dalam membantu golongan yang memerlukan.

Menurutnya, objektif utama program ini adalah untuk membantu mengurangkan beban ibu bapa berpendapatan rendah dalam menyediakan kelengkapan persekolahan anak-anak pada awal tahun.

"Ia juga bertujuan membantu pelajar kurang berkemampuan agar mereka dapat mengikuti sesi persekolahan dengan sempurna serta selesa, selain memberi galakan kepada pelajar untuk mencapai kecemerlangan sahsiah dan akademik," katanya kepada Sinar Harian.


Beliau berkata demikian selepas menyampaikan Sumbangan Wakalah Zakat Menerusi Program Back To School kepada 111 pelajar anak-anak warga kerja PKNK di Ukirmall, di sini pada petang Rabu.

Isahak berkata lagi, program ini melibatkan beberapa Kawasan Dewan Undangan Negeri antaranya Bayu, Bukit Selambau, Jeneri, Belantik, Derga, Gurun, Anak Bukit, Sidam, Pantai Merdeka, dan Lanjut Dawai.



Menurutnya, PKNK juga memperuntukkan RM25,000 bagi membantu hampir 300 pelajar anak-anak pekerja ladang yang bekerja di Ladang PKNK dan Syarikat Kumpulan Ladang-Ladang Perak.

PKNK percaya akan kepentingan memberi kembali kepada masyarakat dan membentuk hubungan erat dengan golongan pekerja berpendapatan rendah.



Oleh itu, PKNK berbesar hati menyumbangkan peralatan sekolah khusus untuk pelajar yang kurang berkemampuan bagi meringankan beban kewangan keluarga mereka.

"Barangan yang disumbangkan termasuk pakaian seragam sekolah, kasut dan stoking sekolah, beg, serta set alat tulis," ujarnya.

Tambah beliau, pendidikan formal adalah penting kerana ia membantu memupuk peribadi dan sifat positif seseorang pelajar yang berpotensi menjadi bakal pemimpin masa depan satu hari nanti.

Menurutnya, PKNK juga berharap ia dapat menjadi motivasi untuk anak-anak memulakan langkah pertama mereka ke alam persekolahan.

"Melihat kegembiraan anak-anak memilih pakaian seragam yang turut dibantu oleh pegawai PKNK dan sukarelawan, membuatkan PKNK lebih bersemangat untuk meneruskan Program Ikhlas Back to School untuk tahun seterusnya," kata beliau.

https://www.sinarharian.com.my/article/711186/edisi/utara/1200-pelajar-kurang-kemampuan-terima-bantuan-back-to-school-pknk


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.055483 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list