CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 18662|Reply: 0

[Kedah] Rumah musnah dijilat api, pasangan warga emas nyaris rentung

[Copy link]
Post time 7-2-2025 12:19 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 7-2-2025 12:20 AM

Rumah musnah dijilat api, pasangan warga emas nyaris rentung

Oleh Zuliaty Zulkiffli - Februari 7, 2025 @ 12:11am[email protected]




Rumah pasangan suami isteri yang musnah terbakar di Jalan Felda Teloi Timur. - Foto NSTP/IHSAN BOMBA





SIK: Sepasang suami isteri warga emas nyaris rentung dalam kebakaran di sebuah rumah Jalan Felda Teloi Timur, di sini hari ini.

Dalam kejadian itu, kedua-dua warga emas berusia 76 tahun itu termasuk seorang daripadanya lumpuh berjaya diselamatkan orang awam sebelum rumah mereka musnah.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sik, Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi Mat Tanjil berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kebakaran itu pada jam 5.14 petang.

Beliau yang mengetuai operasi itu bersama lapan anggota turut dibantu sepasukan anggota dari BBP Baling serta Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bukit Selambau.

"Sebaik tiba di lokasi didapati rumah terbabit sedang terbakar dan api sedang marak.

"Anggota Bomba mengambil masa kira-hampir 40 minit untuk memadam kebakaran itu.

"Tiada mangsa dilaporkan berada dalam rumah itu berikutan pasangan suami isteri itu berjaya diselamatkan orang awam ketika api sedang marak," katanya ketika dihubungi hari ini.

Zulkhairi berkata, antara kesulitan pemadaman yang dihadapi anggotanya adalah disebabkan rumah itu diubah suai dengan banyak bilik dan gelogor kayu di bahagian bumbung amat berisiko kerana menggunakan kayu lama.

Selain itu katanya, sikap masyarakat setempat yang meletakkan kenderaan di kiri dan kanan serta bahu jalan menyukarkan jentera rapat ke lokasi dan faktor jalan utama diantara Felda Teloi Timur dan Bukit Selambau.

"Setakat ini, punca serta kerugian masih dijalankan oleh Bahagian Penyiasatan Forensik Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2025/02/1358345/rumah-musnah-dijilat-api-pasangan-warga-emas-nyaris-rentung





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:49 PM GMT+8 , Processed in 0.708370 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list