CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17424|Reply: 0

[Pulau Pinang] Dakwa pakej umrah 'Makkah Tower' tak seperti dijanji, 18 sekeluarga lapor polis

[Copy link]
Post time 8-2-2025 12:21 AM | Show all posts |Read mode
Dakwa pakej umrah 'Makkah Tower' tak seperti dijanji, 18 sekeluarga lapor polis

Oleh Siti Aminah Mohd Yusof - Februari 7, 2025 @ 9:29pm [email protected]





sekumpulan 18 sekeluarga membuat laporan polis embuat laporan polis mendakwa ditipu sebuah syarikat agensi umrah. - NSTP/ MIKAIL ONG





GEORGETOWN: Lapan belas sekeluarga hari ini membuat laporan polis mendakwa ditipu sebuah syarikat agensi umrah yang menawarkan Pakej Umrah Makkah Tower sejauh kira-kira 50 meter dari Masjidil Haram.

Mohd Hilmi Che Rose, 40, berkata sebaliknya mereka ditempatkan di hotel sejauh 3.2 kilometer (km) sehingga terpaksa mengeluarkan perbelanjaan tambahan untuk membayar tambang teksi ulang-alik untuk beribadah ke Masjidil Haram.

Peniaga buah-buahan itu berkata, keluarganya membayar RM8,890 seorang bagi jemaah dewasa dan RM8,590 untuk warga emas serta kanak-kanak dengan kos keseluruhan mencecah RM150,000 namun terkilan hanya mengetahui perubahan lokasi hotel selepas berangkat ke Makkah, 23 Januari lalu.

"Lebih teruk, ada dikenakan caj lebihan RM500 tidak termasuk harga pakej itu kerana mereka kata bilik naik harga. Mereka juga kata kami akan tinggal di bilik jauh dan sempit itu sehari sahaja tapi sampai tarikh balik kami tidak merasa tinggal di Makkah Tower.

"Saya paling kasihan kepada jemaah uzur berkerusi roda selain jemaah wanita yang berdepan kesulitan tawar-menawar untuk menaiki teksi. Tambang paling rendah 30 riyal pula boleh jadi lagi mahal pada waktu puncak.

"Bas 'shuttle' pula perlu naik dua kali selain perlu bergerak pantas untuk bersaing mendapatkan tempat dan ini menyukarkan rombongan kami yang ada anak kecil dan sebagainya," katanya selepas membuat laporan di Balai Polis Bayan Baru di sini, hari ini.

Mohd Hilmi yang tiba di tanah air Isnin lalu berkata mereka turut dikejutkan pembatalan kereta api laju dua hala dan ditukarkan kepada sehala dari Makkah ke Madinah yang hanya dimaklumkan setelah tiba di lapangan terbang pada hari keberangkatan.

"Di Madinah juga sebenarnya kami tidak dapat hotel seperti dijanjikan. Bilik kecil disumbat empat katil dan dipenuhi barang sehingga tiada ruang untuk solat. Tetapi kami sudah reda, dan bersyukur dapat berulang-alik ke Masjid Nabawi.

"Jemaah berusaha meminta pemulangan wang sekurang-sekurangnya RM2,000 hingga RM3,000, namun mereka hanya dijanjikan bayaran balik RM600 seorang yang sehingga sekarang satu sen pun belum diterima," katanya.

Mohd Hilmi berkata, pihaknya cuba bertemu secara peribadi dengan ejen untuk berbincang tentang perkara ini, namun pihak agensi berdiam diri dan tidak respons kepada panggilan serta mesej dihantar dan kami menganggap mereka lepas tangan.

"Mereka juga kata tiada di pejabat dan tiada sesiapa yang dapat memberikan penjelasan mengenai isu ini.

"Saya percaya saya telah ditipu oleh agensi terbabit yang mengambil duit kami tanpa memberi perkhidmatan dijanjikan," katanya.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1358704/dakwa-pakej-umrah-makkah-tower-tak-seperti-dijanji-18-sekeluarga





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:59 PM GMT+8 , Processed in 0.051902 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list