CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17425|Reply: 0

[Pulau Pinang] Tular buang 10 bangkai kucing dalam tong sampah, SPCA Pulau Pinang serah siasatan polis

[Copy link]
Post time 8-2-2025 12:24 AM | Show all posts |Read mode
Tular buang 10 bangkai kucing dalam tong sampah, SPCA Pulau Pinang serah siasatan polis

Oleh Zuhainy Zulkiffli - Februari 7, 2025 @ 7:42pm




Pihak polis bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) di lihat berada di di SPCA Pulau Pinang di Jelutong. - NSTP/ ZUHAINY ZULKIFFLI



Foto Zuhainy Zulkiffli

GEORGETOWN: Beberapa video serta foto tular mengenai bungkusan berisi 10 bangkai kucing di dalam plastik hitam didakwa dibuang pekerja rumah perlindungan haiwan SPCA Pulau Pinang, dekat Jelutong, di sini.

Selain foto dan video, turut tular laporan polis dibuat berhubung kejadian itu.

Berdasarkan maklumat dikongsi, pengadu mendakwa melihat pekerja pusat perlindungan terbabit berjalan kaki dari premis itu sambil membawa bungkusan plastik hitam jam 3.30 petang, Rabu lalu.

Lelaki berkenaan dikatakan membuang plastik terbabit ke dalam tong sampah.

Pengadu yang curiga membuka plastik itu dan mendapati ia mengandungi kira-kira 10 kucing yang disyaki dibunuh.

Pengadu mendakwa melihat pasangan suami isteri yang menaiki sebuah kereta jenis Perodua Myvi membawa kucing liar disyaki dikutip dari luar ke pusat berkenaan dipercayai bagi dilupuskan.

Laporan polis dibuat pengadu kerana tidak berpuas hati dengan pembunuhan kejam itu serta memohon tindakan lanjut pihak berkuasa kerana dia mendakwa perbuatan itu dilakukan oleh orang yang sama.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad mengesahkan laporan dibuat pengadu berusia 48 tahun itu pada jam 4.29 petang semalam.

Kes diklasifikasikan sebagai rujuk lain agensi iaitu kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Pulau Pinang untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, SPCA Pulau Pinang menyerahkan sepenuhnya kepada siasatan polis mengenai dakwaan pihaknya membuang 10 kucing yang dibunuh ke dalam tong sampah.

Pentadbirnya, Lily Leng berkata pada masa ini, pihak polis dan JPV Pulau Pinang sudah ke pusat perlindungan berkenaan.

"Pihak berkenaan sudah datang ke sini dan kami serahkan sepenuhnya kepada siasatan polis serta tidak dapat mengulas lanjut," katanya ketika ditemui hari ini.

Sementara itu, tinjauan di pusat perlindungan itu mendapati dua kakitangan sedang bertugas dan premis terbabit dikunjungi polis dan JPV Pulau Pinang.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1358683/tular-buang-10-bangkai-kucing-dalam-tong-sampah-spca-pulau-pinang





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:52 PM GMT+8 , Processed in 0.046301 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list