CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15340|Reply: 0

[Pulau Pinang] Letupan kuat kuari, SAM gesa Kedah siasat aktiviti pecah bongkah batu

[Copy link]
Post time 8-2-2025 01:35 AM | Show all posts |Read mode
Letupan kuat kuari, SAM gesa Kedah siasat aktiviti pecah bongkah batu

Zuhainy Zulkiffli[email protected]




Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa perhatian serius berhubung letupan kuat luar biasa yang didakwa berlaku di Kampung Padang. FOTO ihsan SAM





Georgetown: Sahabat Alam Malaysia (SAM) menggesa Kedah dan lain-lain agensi mengambil perhatian serius mengenai letupan kuat luar biasa di Kampung Padang, Mukim Sungai Kecil Hilir, Bandar Baharu yang dilaporkan berlaku pada Rabu lalu.

Letupan pada 2.15 petang itu dipercayai berpunca daripada aktiviti pemecahan bongkah batu oleh pengusaha kuari yang beroperasi di kampung berkenaan sehingga mengejutkan sebahagian besar penduduk.

Presiden SAM Meenakshi Raman berkata, kebanyakan penduduk yang tinggal di sekitar kawasan berdekatan mendakwa terkejut dengan letupan dan dentuman kuat itu hingga menggegarkan kawasan perumahan mereka.

Perkara itu turut dimaklumkan oleh beberapa penduduk di luar kawasan Kampung Padang yang mendakwa terdengar letupan berkenaan pada jarak kira-kira satu hingga dua kilometer.

"Penduduk yang paling hampir dengan kuari berkenaan mendakwa gegaran daripada letupan itu menyebabkan lampu siling jenis kalimantang dalam rumah anak saudaranya jatuh ke lantai, manakala bahagian dinding mengalami keretakan.

"Susulan itu, dia bersama anak saudaranya membuat laporan di Balai Polis Bandar Baharu berhubung kejadian berkenaan.

"SAM dimaklumkan ada lagi laporan polis bakal menyusul daripada beberapa penduduk yang tidak berpuas hati dengan insiden terbabit," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Mengulas lanjut Meenakshi berkata, jenis dan amaun bahan letupan yang digunakan oleh pihak pengusaha kuari juga menjadi tanda tanya.

"Sepatutnya kerja peletupan di kawasan kuari perlu dilaksana oleh pembedil bertauliah selain mematuhi prosedur standard yang ditetapkan terutamanya di kawasan berhampiran dengan struktur bangunan dan kediaman.

"Antara bahaya yang berkait rapat dengan kerja letupan batu termasuklah batu berterbangan, gegaran tanah dan sebaran debu.

"Jurutera perunding juga perlu memastikan aktiviti yang dijalankan tidak menyebabkan impak negatif kepada orang awam.

"Selain itu, cadangan reka bentuk letupan yang disediakan pembedil bertauliah perlu diambil kira dan disahkan terlebih dahulu oleh Jurutera Perunding Perlombongan serta dikemuka kepada Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) sebelum kerja peletupan dilaksanakan," katanya.

Menurut Meenakshi, bukan insiden letupan itu sahaja malah isu lain yang berbangkit seperti bunyi bising daripada mesin pemecah bongkah batu serta masalah lori keluar masuk juga masih diperkatakan penduduk.

Katanya, ia menunjukkan masih terdapat salah laku pihak pengusaha kuari terbabit walaupun perkara itu diambil maklum oleh pihak berkenaan.

"Salah laku oleh pengusaha kuari ini pernah dilaporkan media dan mendapat perhatian banyak pihak antaranya Jabatan Alam Sekittar (JAS), Jabatan Mineral dan Geosains (JMG), Pejabat Daerah dan Tanah Bandar Baharu serta Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) atas beberapa perkara lanjutan hasil aduan serta bantahan yang dikemuka penduduk.

"Hasilnya pihak kuari tidak diberi kebenaran menjalankan aktiviti kuari selama dua sehingga tiga bulan atas beberapa sebab pelanggaran syarat permit bahan batuan yang dikenakan terhadap mereka," katanya.

Sehubungan itu, SAM sekali lagi menggesa pihak terbabit mengambil serius ke atas perkara yang berlaku dan menjalankan siasatan terhadap kejadian selain menggantung permit pengeluaran bahan batuan serta tidak diperbaharui kerana isu berulang berkenaan.

Pada Ogos tahun lalu, Harian Metro pernah melaporkan projek kuari di kampung berkenaan diambil tindakan oleh JAS kerana didapati melanggar beberapa syarat kelulusan laporan impak alam sekitar (EIA).



Disiarkan pada: Februari 7, 2025 @ 2:46pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/02/1184914/letupan-kuat-kuari-sam-gesa-kedah-siasat-aktiviti-pecah-bongkah-batu




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 03:00 PM GMT+8 , Processed in 0.544133 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list