CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7278|Reply: 0

[Sarawak] Tatau dilanda banjir terburuk sejak 1963

[Copy link]
Post time 8-2-2025 06:58 AM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 7-2-2025 11:06 PM


Sikie menyampaikan cek MRP kepada salah seorang penerima bantuan dalam majlis berkenaan semalam.
TATAU: Daerah Tatau mengalami banjir terburuk dalam sejarah sejak tahun 1963 yang mana menyaksikan banyak kawasan terjejas dan ditenggelami air, kata Menteri di Jabatan Premier Sarawak Dato Sri John Sri John Sikie Tayai.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kakus berkata, fenomena banjir besar yang melanda Daerah Tatau kali ini amat memudaratkan dengan beberapa rumah panjang di kawasan Sungai Entajum, Sungai Sangan dan Sungai Muput turut dinaiki air.

"Banyak kawasan rendah di sepanjang Sungai Anap dan Kakus ditenggelami air menyebabkan penduduk terputus hubungan dengan dunia luar khususnya pekan Tatau dan daerah Bintulu," ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa berucap dalam Majlis Penyerahan Projek Kecil Luar Bandar (MRP) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kakus di Bilik Mesyuarat Pejabat Daerah Tatau di sini, semalam.

Pada majlis berkenaan, 18 Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan persatuan di daerah berkenaan menerima bantuan MRP bernilai RM256,000.

Selain itu, bantuan kepada mangsa banjir turut disampaikan kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah Tatau.

"Banjir yang melanda Daerah Tatau kali ini amat luar biasa kerana ia berlaku dalam tempoh yang agak panjang serta memberi kesan buruk kepada penduduk," jelas beliau.

Menurutnya, banjir yang berlaku pada 29 Januari lalu telah mula surut pada 4 Februari yang mana gelombang kedua berlaku lebih dahsyat pada 5 Februari menyebabkan banyak kawasan mulai dinaiki air semula.

Beliau berkata, pada 23 Januari Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Rumah Steven dibuka dan ditutup pada 2 Februari, manakala PPS SMK Tatau dibuka sejak 29 Januari hingga sekarang.

"Pada masa sama, saya menzahirkan rasa sedih atas tragedi perahu karam yang melibatkan seorang penduduk yang mana mangsa masih hilang dan operasi mencari dan menyelamat (SAR) telah diaktifkan bermula pada pagi tadi," ujarnya.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:04 AM GMT+8 , Processed in 0.061426 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list