CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 8208|Reply: 0

[Sarawak] Pusat Khidmat ADUN dan Ahli Parlimen harus aktif capai rakyat: Dr Annuar

[Copy link]
Post time 8-2-2025 07:15 AM | Show all posts |Read mode


Abdullah (lima kiri) menyampaikan cenderamata kepada Dr Annuar pada Majlis Perasmian Taklimat Pendaftaran Sarawak ID dan Permohonan Penerima SKAS Bersama Pusat Khidmat ADUN dan Parlimen di Pustaka Negeri Sarawak, Sibu hari ini.
SIBU: Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan Ahli Parlimen sebagai barisan hadapan antara kerajaan dan rakyat harus terlibat aktif dalam inisiatif dan program bantuan kerajaan.

Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Permbangunan Bakat Datuk Dr Annuar Rapa'ee berkata, ini kerana mereka (pusat khidmat) adalah entiti yang paling rapat dengan wakil rakyat di setiap kawasan pilihan raya.

“Pusat Khidmat ADUN dan Ahli Parlimen merupakan perantara bagi memastikan inisiatif kerajaan mencapai kumpulan sasar.

“Rangkaian luas mereka (pusat khidmat) dalam komuniti menjadikan mereka berada pada kedudukan yang baik untuk peranan ini,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.

Terdahulu, beliau menyempurnakan majlis perasmian Taklimat Pendaftaran Sarawak ID dan Permohonan Penerima SKAS Bersama Pusat Khidmat ADUN dan Parlimen di Pustaka Negeri Sarawak, Sibu.

ADUN Nangka terbabit dalam ucapannya memberitahu, kementeriannya akan bekerjasama dengan Pusat Khidmat ADUN dan Ahli Parlimen untuk melaksanakan inisiatif komputer riba percuma daripada Kerajaan Sarawak.

“Inisiatif tersebut menyediakan komputer riba kepada pelajar Sarawak yang mendaftar di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta (IPTS).

“Menteri saya Dato Sri Roland Sagah Wee Inn telah meminta agar Pusat Khidmat terlibat dalam mengedarkan komputer riba ini kepada pelajar,” ujarnya.

Dr Annuar turut memuji Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) yang menganjurkan taklimat dan melibatkan Pusat Khidmat dalam program SKAS.

“Saya akan bekerjasama dengan UKAS dalam program lain, terutamanya dalam bantuan pendidikan, untuk memastikan Pusat Khidmat memainkan peranan secara langsung dan masyarakat mendapat manfaat sepenuhnya daripada inisiatif kerajaan,” katanya.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri di Jabatan Premier Sarawak (Hal Ehwal Korporat, Penerangan dan UKAS) Datuk Abdullah Saidol.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.036122 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list