CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10732|Reply: 0

[Sarawak] Kematian wanita di bilik sewa MJC disiasat sebagai kes bunuh

[Copy link]
Post time 8-2-2025 07:17 AM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Kes kematian seorang wanita di sebuah bilik sewa rumah kedai di Bandar Baru Batu Kawa (MJC) disiasat sebagai kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Padawan Superintenden Mohd Irwan Hafiz Md Radzi (gambar) berkata kes sebelum ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR), namun hasil siasatan awal di lokasi kejadian mendapati terdapat jerutan kain di leher mangsa.

Susulan itu, kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Mangsa dijumpai tidak sedarkan diri di dalam bilik sewa tersebut dalam keadaan tertiarap di atas tilam.

“Terdapat jerutan kain di bahagian leher mangsa dan pemeriksaan oleh pegawai perubatan mengesahkan mangsa telah meninggal dunia,” katanya menerusi satu kenyataan, hari ini.
Katanya, laporan kejadian diterima pada jam 2.16 petang semalam di Balai Polis Batu Kawa.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkenaan kejadian boleh terus menghubungi pegawai penyiasat ASP Sylvarius di talian 013-863 7241 atau Bilik Gerakan IPD Padawan 082-862 233.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:45 AM GMT+8 , Processed in 0.074155 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list