CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13867|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak setuju dasar nyah jenayah salah guna dadah

[Copy link]
Post time 8-2-2025 07:26 AM | Show all posts |Read mode


Fatimah (tiga kiri) berbincang mengenai isu berkaitan dadah dengan Palani (dua kiri) semasa kunjungan rombongan DPPM ke atas beliau di Kuching, hari ini. - Gambar Mohd Faisal Ahmad
KUCHING: Sarawak bersetuju dengan dasar menyahjenayah (dekriminalisasi) penyalahgunaan dadah di negara ini seperti yang ditekankan di bawah Program Dasar Dadah Malaysia (DPPM).

Menteri Pembangunan Wanita, Kanak-Kanak dan Kesejahteraan Keluarga Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, dasar tersebut mempunyai persamaan dengan cara isu dadah dan substans ditangani di negeri ini.

"Untuk menangani isu dadah dan substans ini, kita perlu melihat seluruh spektrumnya, intervensi, rawatan dan pemulihan, menghentikan sumber dan permintaan.

"Kita juga memberi fokus kepada pemulihan dalam komuniti, untuk membantu penagih menjalankan pemulihan dan dapat kembali menjalani kehidupan secara normal dalam komuniti.

"Sebab itu, kita sangat bersetuju dengan dasar dekriminalisasi yang ditekankan DPPM dan bukannya kriminalisasi atau menjenayahkan seseorang yang menggunakan dadah," ujarnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan daripada DPPM diketuai Pengarahnya Palani Narayanan di pejabatnya di Tingkat 8, Bangunan Baitulmakmur II di sini, hari ini.

Ujar Fatimah lagi, Sarawak akan terus fokus dalam menangani isu dadah dan substans di negeri ini menerusi Jawatankuasa Sehenti Menangani Isu Dadah dan Substans (OSC MIDS) yang dianggotai pelbagai agensi berkaitan.

Selain itu katanya, sebanyak 25 Pusat Sehenti Rawatan Ketagihan (OSCA) telah ditubuhkan di klinik-klinik kesihatan untuk rawatan pemulihan.

Sementara itu, Palani berkata, kunjungan tersebut bertujuan membincangkan m


Fatimah bercakap kepada pemberita. Turut kelihatan Palani (kanan). - Gambar Mohd Faisal Ahmad

Katanya masalah dadah di negara ini semakin meluas dan sejak tahun 1950, Malaysia fokus untuk menjenayahkan individu yang menyalah guna dadah. namun strategi itu tidak bermanfaat untuk rakyat.

"Jadi, kita mencari strategi baharu yang digalakkan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan agensi-agensi yang pakar dalam bidang dadah iaitu untuk dekriminalisasikan penyalahgunaan dadah.

"Di bawah strategi ini, mereka yang menyalahgunaan dadah dilihat sebagai pesakit yang memerlukan sokongan dan rawatan dan bukannya dilihat sebagai penjenayah," jelasnya.
Tambah Palani, dasar dekriminalisasi ini telah diguna pakai di banyak negara seperti Portugal, Switzerland dan Jerman dan ia perlu disosialisasikan di Malaysia.

"Sebab itu, kita ada kunjungan ke atas menteri di Sarawak dengan harapan dasar ini akan dapat diperluaskan ke seluruh Malaysia," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.036645 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list