CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15096|Reply: 0

[Sarawak] Ceroboh Gunung Tabai, bina pondok dan alihkan tanah, wanita didenda RM12,000

[Copy link]
Post time 8-2-2025 07:42 AM | Show all posts |Read mode


Tertuduh (kiri) bercakap dengan peguamnya Tiong, di hadapan kamar Mahkamah Sesyen selepas dijatuhkan hukuman hari ini.
KUCHING: Seorang wanita didenda RM12,000 atau 14 bulan penjara di Mahkamah Sesyen hari ini akibat menceroboh Gunung Tabai, membina pondok dan mengalihkan tanah yang mempunyai kepentingan geologi di kawasan tersebut.

Hakim Iris Awen Jon menjatuhkan hukuman itu terhadap Kristina, 51, yang mengaku bersalah sebaik didakwa atas tiga pertuduhan.

Iris memerintahkan tertuduh didenda RM3,000 atau tiga bulan penjara bagi pertuduhan pertama, sementara untuk pertuduhan kedua dan ketiga, masing-masing denda RM4,000 atau lima bulan penjara dan RM5,000 atau enam bulan penjara.

Bagi pertuduhan pertama, tertuduh didakwa masuk ke Gunung Tabai, Bidi dalam kawasan Taman Negara Dered Krian tanpa kebenaran Pengawal Taman Negara dan Rizab Semula Jadi dan didakwa mengikut Seksyen 26 (a) Ordinan Taman Negara dan Rizab Semula Jadi 1998, dan boleh dihukum di bawah Seksyen 32(a) Ordinan Taman Negara dan Rizab Semula Jadi 1998.

Pertuduhan kedua pula menyaksikan tertuduh didakwa mengalihkan tanah di kawasan tersebut yang mempunyai kepentingan geologi tanpa kebenaran Pengawal Taman Negara dan Rizab Semula Jadi.

Untuk itu, wanita tersebut didakwa mengikut Seksyen 26 (g) Ordinan Taman Negara dan Rizab Semula Jadi 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 32(a) Ordinan Taman Negara dan Rizab Semula Jadi, 1998.

Sementara bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa di bawah Seksyen 26(i) Ordinan Taman Negara dan Rizab Semula Jadi 1998 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 32(a) kerana membina pondok di kawasan sama tanpa kebenaran Pengawal Taman Negara dan Rizab Semula Jadi.

Kesemua kesalahan tersebut didakwa dilakukannya pada 24 Ogos 2024, sekitar jam 9.30 pagi di Gunung Tabai, Bidi dalam Taman Negara Dered Krian di Bau.

Fakta kes mendedahkan sebuah pasukan dari Sarawak Forestry Corporation (SFC) melakukan rondaan di sekitar kawasan tersebut dan menahan tertuduh bersama kenderaan pacuan empat roda untuk pemeriksaan.

Selepas pemeriksaan, pasukan menemui 31 guni berisi tanah dalam kereta dinaiki tertuduh.
Malah, pasukan mendapati sebuah pondok telah dibina di kawasan terbabit.

Siasatan lanjut kemudian mendedahkan bahawa tertuduh gagal memberikan sebarang kebenaran yang sah daripada Pengawal Taman Negara dan Rizab Semula Jadi untuk masuk, mengeluarkan sebarang bahan tanah atau membina pondok di dalam kawasan Taman Negara Dered Krian di daerah Bau.

Sehubungan itu, pasukan menahan tertuduh dan merampas beberapa barangan untuk siasatan lanjut.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Aiman Nabila Alwi dan pegawai pendakwa Leonard Baring.

Tertuduh diwakili peguam Tiong Ing Neng dan Patrick Voon.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.035791 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list