CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5716|Reply: 0

[Sarawak] Suami isteri selamat, rumah musnah terbakar

[Copy link]
Post time 8-2-2025 07:00 PM | Show all posts |Read mode




Api sedang marak memusnahkan rumah tersebut dan harta benda.

MUKAH: Sepasang suami isteri bernasib baik apabila berjaya menyelamatkan diri dalam kebakaran yang memusnahkan kediaman mereka di Ladang 3 Mukah SPB, malam tadi.

Namun, sebuah kereta dan tiga motosikal yang diparkir di bawah rumah turut musnah dalam kejadian itu.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Zon 4, Andy Alie berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai kebakaran tersebut pada jam 7.54 malam, sebelum anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau dikerahkan ke lokasi.

"Pasukan bomba tiba di lokasi pada 8.20 malam, kira-kira 25 kilometer dari balai, dan mendapati sebuah rumah jenis struktur tidak kekal telah terbakar sepenuhnya dengan anggaran keluasan 20x28 kaki persegi.

"Kebakaran juga mengakibatkan kemusnahan sebuah kereta jenis Perodua Axia serta tiga buah motosikal yang diparkir di bawah rumah," katanya dalam kenyataan hari ini.

Operasi pemadaman diketuai oleh Komander Operasi, PBK II Muhd Nurfaiz, bersama 11 anggota menggunakan satu aliran sepanjang 200 kaki dan dua nozel dengan sumber air dari pam jentera bagi mengawal kebakaran.

Menurut Andy, api berjaya dikawal pada 8.40 malam, sebelum kerja-kerja pemadaman sepenuhnya dan pemeriksaan keselamatan dilakukan sehingga operasi ditamatkan pada 10.10 malam.

Dua penghuni rumah, Nicholas Jawi, 31, dan isterinya, Sharilyn Nerida Dian, 32, sempat menyelamatkan diri dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

"Punca kejadian dan anggaran nilai kerugian masih dalam siasatan pihak bomba," tambah Andy Alie.

Pasangan suami isteri berjaya menyelamatkan dalam kebakaran yang memusnahkan kediaman mereka di Ladang Tiga, Mukah malam tadi. Sebuah kereta dan tiga buah motosikal turut musnah.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:48 AM GMT+8 , Processed in 0.033559 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list