CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4528|Reply: 0

[Sarawak] Penggunaan motosikal elektrik dalam industri pelancongan usaha ke arah kelestarian alam sekitar

[Copy link]
Post time 8-2-2025 08:46 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim berucap melancarkan program 'Borneo Green Bike Tour' di Kuching, hari ini. Turut kelihatan, Datuk Bandar Kuching Utara Dato Hilmy Othman (kiri) dan Nellsen (kanan).

KUCHING: Penggunaan motosikal elektrik dalam industri pelancongan selain untuk kegunaan harian sangat digalakkan, sebagai salah satu usaha ke arah kelestarian alam sekitar.

Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, usaha memelihara alam sekitar bukan sahaja dapat dilihat di Sarawak, malah di seluruh dunia.

Sebab itu katanya, apa jua usaha yang dilakukan dalam industri pelancongan adalah menjurus kepada menjaga alam sekitar.

"Sama ada dalam industri pembalakan, industri-industri lain kita cuba untuk memastikan alam sekitar kita dijaga dengan baik, bukan sahaja untuk diri kita sendiri tetapi untuk generasi akan datang.

"Sebab itu, kita dapat melihat sekarang terdapat banyak kenderaan yang beralih kepada kuasa hidrogen, elektrik untuk membantu mengurangkan pencemaran alam sekitar.

"Jadi apa yang dilakukan oleh Smart Leisure & Travels Sdn Bhd mempromosikan penggunaan motosikal elektrik dalam industri pelancongan adalah sangat kita alu-alukan," ujarnya.


Abdul Karim (motosikal tengah) merakamkan kenangan bersama peserta 'Borneo Green Bike Tour' di Tugu Brooke.

Beliau berkata demikian ketika berucap melancarkan program 'Borneo Green Bike Tour' inisiatif Smart Leisure & Travels Sdn Bhd di Tugu Brooke di sini hari ini bagi mempromosikan pelancongan mampan di Sarawak.

Sebagai tanda menyokong inisiatif mesra ekopelancongan terbaharu itu, Abdul Karim turut menyertai konvoi sulung 'Borneo  Green Bike Tour' bermula dari Tugu Brooke di Tebingan Kuching dan berakhir di Muzium Budaya Borneo.

Turut serta dalam konvoi tersebut ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) Sharzede Datu Salleh Askor dan CEO Smart Leisure & Travels Sdn Bhd Dato Nellsen Young.

Abdul Karim turut mengucapkan tahniah dan syabas kepada penyedia perkhidmatan 'Borneo Green Ride' Tour kerana memperkenalkan program itu.

Beliau juga berharap menerusi usaha seperti ini ia akan dapat mempromosikan tempat-tempat ikonik di Kuching kepada pengunjung dari dalam dan luar negara.

"Program ini adalah usaha kecil untuk kita menunjukkan bahawa kita harus sentiasa mempromosikan tenaga hijau, beralih daripada bahan api fosil kepada tenaga hijau.

"Ini satu permulaan yang baik dan kita berharap dalam beberapa tahun akan datang kita dapat melihat lebih banyak kereta, motosikal dikuasakan elektrik dan hidrogen di atas jalan raya," katanya.


Datuk Bandar Kuching Utara Dato Hilmy Othman melepaskan peserta konvoi 'Borneo Green Bike Tour' diketuai Abdul Karim (motosikal depan) dari Tugu Brooke di Tebingan Kuching menuju ke Muzium Budaya Borneo, hari ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:43 AM GMT+8 , Processed in 0.148643 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list