CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4314|Reply: 0

[Sarawak] Dennis Kekalkan kerusi N.77 Telang Usan bersama Kerajaan Sarawak

[Copy link]
Post time 8-2-2025 08:57 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 8-2-2025 12:58 PM



Dennis (tengah) menunjukkan kek PBB Telang Usan sempena Tahun Baharu 2025 pada majlis makan malam di Miri, malam Jumaat.

MIRI: Rakyat di Telang Usan harus memastikan kerusi N.77 Telang Usan terus kekal bersama kerajaan negeri di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) sebagai parti tulang belakang.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telang Usan Dato Dennis Ngau berkata, PBB Telang Usan bertanggungjawab mempertahankan kerusi itu agar program pembangunan yang dirancang dan dibangunkan kerajaan negeri pada sekarang akan terlaksana.

Dennis berkata, ia seiring dengan visi dan misi utama PBB Telang Usan iaitu membawa kemajuan kepada kawasan Telang Usan serta berjuang untuk rakyat di kawasan itu.

"Syarat yang paling penting, bagi saya yang saya pasti kamu (ahli PBB Telang Usan) setuju adalah kita mesti mengekalkan N.77 terus bersama dalam Kerajaan Sarawak," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Sambutan Tahun Baharu 2025 dan Doa Pemberkatan Exco Bapa, Wanita, Pemuda dan Belia PBB Cawangan Telang Usan Sesi 2025 hingga 2027 di sini, malam Jumaat.

Sehubungan itu, Dennis yang juga Ketua PBB Telang Usan meminta ahli untuk sentiasa bersiap sedia menghadapi pilihan raya negeri (PRN) yang boleh diumumkan pada bila-bila masa sahaja setelah Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan.

"Daripada hari ini hingga ke April tahun depan, Kita mesti bersiap sedia. Pilihan raya negeri akan diadakan. Tidak boleh tidak akan dibuat," jelasnya.

Dennis berkata sebagai pemimpin, beliau berlapang dada menerima dan mendengar aduan, masalah dan tuntutan dari rakyat

"Kita sebagai pemimpin parti politik, kita kena ada lapang dada. Sebab kita telah dipilih. Telah diberi tanggungjawab," jelasnya.

Selain beliau, setiap ahli PBB juga memainkan peranan besar untuk menggerakkan parti dan tanggungjawabnya kepada rakyat Telang Usan.

Beliau memberitahu sehingga sekarang, cawangan itu telah dianggotai hampir 7,000 ahli.

Sementara untuk seluruh Sarawak, PBB telah dianggotai seramai lebih setengah juta ahli menjadikannya parti terbesar di negeri ini.

Menurut Dennis, cawangan mereka masih menerima permohonan baharu daripada penduduk untuk menyertai PBB.

Program dimulakan dengan sesi doa untuk barisan baharu Exco Bapa, Wanita, Pemuda PBB Telang Usan Sesi 2025 hingga 2027 oleh Pastor Jala Wan.

Majlis diteruskan dengan acara simbolik pemotongan kek tahun baharu dan apresiasi kepada bekas Exco.

Majlis yang dihadiri lebih 300 tetamu itu diserikan dengan persembahan nyanyian dan tarian kebudayaan.

Hadir sama Ketua Wanita Margarate Uding Nawan, Ketua Pemuda Eric Andreas, Ketua Belia Spansky Steven, Setiausaha Cawangan Jarau Braim dan Ketua Penerangan Kaunselor Jok Eng Jok.

Turut hadir Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak yang juga Timbalan Ketua Cawangan dan Pengerusi Penganjur Kaunselor Dominic Nyurang Ajang serta Kaunselor  Robert Oyo, Kaunselor Peter Mering, Kaunselor Angelie Raymond dan Kaunselor Flora Usun.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:42 AM GMT+8 , Processed in 0.087170 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list