CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9326|Reply: 0

[Sarawak] Sarawak dijadual ambil alih MASWings pada 12 Februari ini

[Copy link]
Post time 8-2-2025 09:07 PM | Show all posts |Read mode


Abdul Karim berucap pada Majlis Makan Malam Bersama Museum Cycling Community di Kuching, malam Jumaat. - Gambar UKAS
KUCHING: Sarawak bersedia untuk mencipta sejarah baharu dalam dunia penerbangan melalui pengambilalihan syarikat penerbangan milik Malaysia Aviation Group (MAG), MASWings yang dijadualkan pada 12 Februari ini.

Memetik Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS), Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, pengambilalihan itu adalah pencapaian besar yang akan mengukuhkan sektor penerbangan Sarawak, sekali gus memperluaskan rangkaian hubungan ke destinasi domestik dan antarabangsa.

Menurutnya, setelah perjanjian jual beli (SPA) ditandatangani, perincian lanjut mengenai perubahan yang dirancang akan diumumkan secara berperingkat.

"Untuk membangunkan sebuah syarikat penerbangan, sememangnya memerlukan masa dan perancangan yang teliti dan ia bukanlah sesuatu yang boleh dicapai dalam masa yang singkat.

"Setakat ini, MASWings hanya mempunyai beberapa pesawat, namun, selepas pengambilalihan, kita menjangkakan perubahan besar, termasuk kemungkinan penjenamaan semula syarikat.

"Semua ini akan ditentukan oleh Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg," ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemu bual media selepas menyempurnakan Majlis Makan Malam Bersama Museum Cycling Community sempena Borneo Cross Border Cycling Tour 2025 di sebuah hotel terkemuka di sini, malam Jumaat.

Pada 13 Januari lalu, Premier Sarawak memaklumkan rundingan pengambilalihan MASWings telah dimuktamadkan dan majlis menandatangani SPA antara Kerajaan Sarawak dan MAG dijangka berlangsung bulan ini, di sini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.034379 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list