CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10470|Reply: 0

[Sarawak] Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun

[Copy link]
Post time 8-2-2025 09:25 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Jumlah mangsa banjir di Sarawak yang ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) terus menurun berikutan keadaan banjir yang semakin pulih.

Menurut laporan Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), setakat jam 4 petang ini jumlah mangsa menurun kepada 3,454 orang dengan 19 PPS masih aktif.

Di bahagian paling teruk terjejas Bintulu katanya, jumlah mangsa yang dipindahkan di lima PPS yang masih dibuka kini seramai 1,836 orang.

Manakala di Sibu, masih terdapat seramai 737 mangsa banjir yang ditempatkan di lima PPS yang masih dibuka.

Di Mukah pula, terdapat empat PPS yang masih dibuka, menempatkan seramai 607 mangsa manakala di Miri,  terdapat lima PPS masih aktif, menempatkan 274 mangsa.

Lain-lain bahagian, Kuching, Samarahan, Serian, Betong, Sarikei dan Kapit masing-masing telah pulih daripada banjir dengan semua PPS telah ditutup sepenuhnya.

Dalam pada itu, dua lagi PPS ditutup sepenuhnya hari ini iaitu PPS Dewan Masyarakat Daerah Pakan pada jam 9 pagi dan PPS SK Bukit Arip, Selangau pada jam 12 tengah hari.

Selain PPS banjir, turut masih dibuka sebuah PPS tanah runtuh di Miri yang menempatkan seramai 150 mangsa.

Manakala sebuah lagi PPS kebakaran dibuka di Sibu, menempatkan seramai 35 mangsa.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.031748 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list