CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10430|Reply: 0

[Sarawak] AirAsia Travel Fair 2025 komitmen AirAsia sokong pelancongan Sarawak

[Copy link]
Post time 8-2-2025 09:28 PM | Show all posts |Read mode


Pengunjung datang untuk merebut peluang promosi dan diskaun hebat yang ditawarkan oleh AirAsia pada AirAsia Travel Fair 2025. - Gambar Chimon Upon
KUCHING: AirAsia Travel Fair 2025 yang berlangsung di Vivacity Megamall bermula hari ini dan esok adalah komitmen berterusan AirAsia menyokong kepada pertumbuhan pelancongan di Sarawak.

Menurut kenyataan AirAsia hari ini, pameran itu juga selaras dengan usaha Sarawak untuk menarik lebih ramai pelancong.

Justeru, AirAsia  menawarkan pelbagai promosi hebat termasuk diskaun sehingga 25 peratus untuk tambang penerbangan dari Kuching dengan potongan 50 peratus untuk pratempahan tambang bagasi daftar masuk, serta diskaun sehingga 33 peratus untuk pratempahan hidangan Santan.

"Selain itu, para pengembara juga boleh menikmati tawaran eksklusif untuk insurans perjalanan daripada Tune Protect.

"AirAsia akan terus berusaha untuk menarik lebih ramai pelancong dari seluruh dunia ke Sarawak dengan perluasan rangkaian penerbangan dan pelan pembukaan laluan baharu," ujarnya.

Sedekad yang lalu katanya, AirAsia telah menyediakan lebih banyak laluan terus dari Sarawak ke destinasi utama, sekali gus memperkukuh kedudukannya sebagai Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia.

Rangkaian penerbangan yang kukuh ini bukan sahaja meningkatkan jumlah pelancong ke Sarawak, malah menawarkan lebih banyak peluang kepada pengembara domestik dan antarabangsa untuk menerokai keunikan negeri ini.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia Malaysia Datuk Kapten Fareh Mazputra berkata, pihaknya berbangga untuk terus memainkan peranan penting dalam pertumbuhan pelancongan Sarawak.

"Ini, selaras dengan sasaran negeri ini untuk mencapai lima juta ketibaan pelancong pada tahun 2025.

"Membuktikan komitmen teguh pihak kami terhadap Sarawak dengan Kuching sebagai salah satu hab utama kami di Malaysia dan lebih 750 kakitangan Allstars yang berdedikasi berkhidmat untuk para tetamu kami di seluruh negeri ini.

"Dengan rangkaian penerbangan yang tiada tandingan ke destinasi domestik dan antarabangsa, AirAsia berbangga menjadi syarikat penerbangan jenama tempatan yang telah menerajui perjalanan mampu milik dari Sarawak selama lebih dua dekad," katanya.


Pengurus Jualan AirAsia Mohd Nor Aizat Mohd Noor Suffian (kanan) bergambar dengan singa sebagai simbolik perasmian AirAsia Travel Fair 2025 di Vivacity Megamall, Kuching hari ini. - Gambar Chimon Upon

Acara ini merupakan salah satu usaha untuk membawa pengembara lebih dekat dengan destinasi impian mereka sambil mempromosikan Sarawak sebagai destinasi yang harus dilawati di Malaysia dan ASEAN.

Kuching adalah hab utama AirAsia di Malaysia dengan sembilan laluan domestik ke pelbagai destinasi menarik dalam negara seperti Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Kota Kinabalu, serta laluan antarabangsa ke Singapura dan Jakarta.

"Dari Kuching, para tetamu AirAsia boleh menerokai pelbagai destinasi lain di seluruh dunia melalui perkhidmatan rangkaian Fly-Thru ke Bali, Kota Ho Chi Minh, Jaipur, Kunming, Seoul, Tokyo, Perth, Nairobi dan banyak lagi," ujar beliau.

Jangan lepaskan peluang untuk mengunjungi AirAsia Travel Fair 2025 di Vivacity Megamall, Kuching hujung minggu ini dan nikmati pelbagai tawaran menarik untuk percutian seterusnya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:54 AM GMT+8 , Processed in 0.030646 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list