CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10549|Reply: 0

[Sarawak] MPS lancar inisiatif kamera badan untuk pegawai penguat kuasa

[Copy link]
Post time 8-2-2025 09:31 PM | Show all posts |Read mode


Tiang (empat kanan), Clarence (tiga kiri) dan yang lain menunjukkan badan kamera yang dilancarkan semasa Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MPS di Sibu, hari ini.
SIBU: Majlis Perbandaran Sibu (MPS) hari ini melancarkan inisiatif kamera badan (bodycam) untuk pegawai penguat kuasa ke arah mempertingkatkan akauntabiliti dan ketelusan.

Menurut Pengerusi MPS Clarence Ting, sebagai permulaan penguatkuasaan majlis itu mempunyai lima unit kamera badan.

Beliau berkata, pasukan penguat kuasa telah dilengkapi kamera badan sejak tahun lalu.

"Kami melancarkannya hari ini dan ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa kami mempunyai lima unit kamera badan di MPS," kata Ting pada Sambutan Tahun Baharu Cina anjuran MPS di sebuah hotel terkemuka di sini, hari ini.

Timbalan Menteri Kesihatan Awam, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak Datuk Michael Tiang mewakili Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Dr Sim Kui Hian merasmikan majlis itu.

Turut hadir ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Assek Joseph Chieng, Timbalan Pengerusi MPS Mohammed Abdullah Izkandar Roseley, Setiausaha MPS Yong Ing Chu, Setiausaha Majlis Daerah Luar Bandar Sibu (MDLBS) Ng Siang Wei, Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak Joshua Ting.

Sementara itu, Mohammed Abdullah Izkandar ketika dihubungi menjelaskan tujuan kamera badan adalah untuk merakam rakaman video dan audio interaksi seseorang, yang sering digunakan oleh penguat kuasa undang-undang, anggota keselamatan, atau individu lain dalam jawatan di mana akauntabiliti dan ketelusan adalah penting.

"Tujuan utama kamera badan termasuk pengumpulan bukti, akauntabiliti, ketelusan, latihan dan keselamatan.

"Secara keseluruhan, kamera badan ialah alat untuk meningkatkan kepercayaan dan memastikan rekod pertemuan yang tepat," ujarnya.

Sementara itu, Pemangku Ketua Penguatkuasa MPS Halwis Tair berkata, kamera badan itu meningkatkan keyakinan mereka dalam melaksanakan tugas.

"Ini kerana ia merekodkan apa yang berlaku di lapangan," katanya.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.034101 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list