CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 32394|Reply: 0

[Pulau Pinang] Lelaki maki hamun penguat kuasa positif dadah

[Copy link]
Post time 10-2-2025 05:53 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki maki hamun penguat kuasa positif dadah

Nur Izzati Mohamad[email protected]




LAPORAN terdahulu Harian Metro



Bukit Mertajam: Lelaki yang ditahan kerana menghalang tugas penjawat awam ketika Op Bersepadu Sempena Operasi Khas Tahun Baharu Cina (TBC) di laluan motosikal Plaza Tol Jambatan Pulau Pinang, malam tadi didapati positif dadah.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Asisten Komisioner Helmi Aris berkata, suspek kini direman selama tiga hari sehingga Rabu ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955.

Menurutnya, siasatan mengikut Seksyen 15(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 juga akan dijalankan terhadap suspek berikutan ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadapnya mendapati positif dadah jenis methapatetamine.

"Polis memberi amaran keras supaya orang ramai tidak terbabit dengan apa-apa kegiatan yang melanggari undang-undang.

"Polis tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana individu yang melanggar undang-undang ditetapkan," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Helmi berkata, ketika kejadian kira-kira 10 malam anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) memeriksa motosikal yang ditunggangi suspek sebelum semakan mendapati cukai jalan dan insurans tamat tempoh pada 14 Disember lalu.

"Ketika proses untuk keluarkan saman dan menyita motosikal, lelaki terbabit mengeluarkan perkataan kesat dan menghalang pihak JPJ untuk menjalankan tugas.

"Berikutan itu, polis menahan lelaki berkenaan kerana menghalang tugas penjawat awam," katanya.



Disiarkan pada: Februari 10, 2025 @ 5:28pm

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2025/02/1185964/lelaki-maki-hamun-penguat-kuasa-positif-dadah




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.283538 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list