CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 21747|Reply: 0

[Kedah] PH, BN persiap diri sebagai 'kerajaan menanti' di Kedah

[Copy link]
Post time 12-2-2025 12:51 AM | Show all posts |Read mode
PH, BN persiap diri sebagai 'kerajaan menanti' di Kedah

Oleh Noorazura Abdul Rahman - Februari 11, 2025 @ 8:12pm [email protected]




Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail bercakap kepada pemberita pada Majlis Bersama Prospek dan Keluarga sempena sambutan Thaipusam di Penjara Sungai Petani. - Foto NSTP/WAN NABIL NASIR




SUNGAI PETANI: Pakatan Harapan (PH) dengan kerjasama Barisan Nasional (BN) sedang mempersiapkan diri sebagai 'kerajaan menanti' di Kedah menjelang pilihan raya seterusnya.

Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, berkata selepas dilantik sebagai Pengerusi PH Kedah pada 7 Februari lalu, beliau melihat PH dan BN perlu menawarkan khidmat terbaik kepada rakyat Kedah biarpun di posisi pembangkang negeri itu.

"Baru-baru ini, kami mengambil kesempatan untuk berbincang mengenai bagaimana kami di Kedah boleh memposisikan diri kami sebagai pembangkang yang boleh dipercayai dan efektif.

"Kerana di Kedah ini, Kerajaan Perpaduan dianggotai PH dan BN adalah pembangkang, manakala Perikatan Nasional (PN) menjadi kerajaan tapi pada masa sama kami mempersiapkan diri untuk menjadi 'goverment in waiting'," katanya.

Saifuddin yang juga Menteri Dalam Negeri berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Ramah Mesra Bersama Prospek dan Keluarga Sempena Sambutan Hari Thaipusam di Penjara Sungai Petani di sini, hari ini.

Saifuddin dilantik sebagai Pengerusi PH menggantikan Datuk Mahfuz Omar yang menggalas tangggungjawab itu sejak 2022.

Ketika ditanya desas-desus beliau akan terus bertanding mana-mana kerusi di Kedah, Saifuddin berkata, perkara itu masih terlalu jauh dan fokusnya ketika ini adalah untuk mengetuai struktur parti.

Beliau turut memaklumkan PH dan BN Kedah juga akan mengadakan Konvensyen Kerajaan Perpaduan pada Sabtu ini di Sungai Petani dengan dihadiri kira-kira 1,000 ahli kedua-dua gabungan itu.

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1360150/ph-bn-persiap-diri-sebagai-kerajaan-menanti-di-kedah





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.060649 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list