CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 7283|Reply: 0

[Negeri Sembilan] Hormat peraturan pemasangan khemah, jangan boikot melulu pantai PD - MB

[Copy link]
Post time 12-2-2025 07:45 AM | Show all posts |Read mode

AMINUDDIN menyaksikan simbolik Penyerahan Projek Majlis Taman Bukit Kepayang antara Jabatan Kerja Raya (JKR) dengan Jabatan Pembangunan Negeri. FOTO Ahmad Hasbi

Seremban: Orang ramai diminta menghormati peraturan larangan pemasangan khemah awam di 11 pantai di Port Dickson dan tidak membuat keputusan melulu memboikot pusat peranginan itu.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia susulan respons warganet terhadap tindakan penguatkuasaan Majlis Perbandaran Port Dickson (MPPD) yang melarang penggunaan khemah sendiri oleh orang awam.

"Bagi saya, kita sentiasa terbuka dan saya harap masyarakat menghormati peraturan yang dibuat.

"Kalau tiada peraturan, kita lagi susah. Kalau tiba-tiba esok, ada kes rogol dalam khemah, yang dipersalahkan nanti pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Menteri Besar kerana bagi kebenaran," katanya.

Aminuddin berkata demikian ditemui pemberita pada Majlis Penyerahan Projek Masjid Taman Bukit Kepayang, di sini, malam tadi.

Aminuddin berkata, sebelum ini pengunjung dan warganet membuat rungutan mengenai isu khemah biru dan pihaknya mencari penyelesaian terbaik untuk semua pihak.

Bagaimanapun Aminuddin berkata, selepas menetapkan peraturan bagi menyelesaikan isu khemah biru, timbul pula isu ketidakpuasan hati berhubung larangan pemasangan khemah awam sehingga ada yang mahu memboikot.

"Kalau dulu, sampai kata kalau ada lagi khemah biru kita boikot. Tapi hari ini, bila kita kata semua tak boleh, itu pun nak boikot.

"Jadi mana satu saya nak ikut, saya pun tak tahu. Tapi tak bolehlah buat suka-suka, hari ini kita boleh pasang khemah, esok tak boleh," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Port Dickson berkata, masyarakat perlu diberi kesedaran bahawa pantai adalah milik umum dan pada masa sama perlu juga sensitif terhadap nasib peniaga di kawasan itu.

"Jangan esok kita boikot, kita merugikan bangsa kita sendiri. Orang tempatan sediakan khemah, kita serang dia, tapi orang luar boleh datang bila-bila masa.

"Jangan ikut perasaan, tetapi kita tengok keselamatan, kesesuaian, adab dan suasana," katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-3-2025 10:24 AM GMT+8 , Processed in 1.585470 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list