CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10091|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Menteri

[Copy link]
Post time 12-2-2025 02:42 PM | Show all posts |Read mode
Kementerian Digital giat jadikan Malaysia peneraju serantau ekonomi digital - Menteri

Oleh BERNAMA - Februari 12, 2025 @ 7:15am



Menteri Digital, Gobind Singh Deo.



GEORGETOWN: Kementerian Digital giat berusaha mencapai hasrat kerajaan untuk menjadikan Malaysia sebagai peneraju ekonomi digital di rantau Asia Tenggara.

Menteri Digital, Gobind Singh Deo berkata hal itu merangkumi meningkatkan liputan jalur lebar, memperkasakan kemahiran digital dan menggalakkan inovasi dalam sektor teknologi.

"Saya yakin dengan kerjasama semua pihak, kita dapat mencapai matlamat ini dan memastikan tiada sesiapa yang terpinggir dalam era digital.

"Saya juga percaya dengan membekalkan orang ramai pengetahuan dan kemahiran digital, rakyat Malaysia akan lebih berdaya saing dalam ekonomi digital yang semakin berkembang," katanya berucap pada lawatan ke Kuil Arulmigu Balathandayuthapani sempena Thaipusam di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, Menteri Sumber Manusia, Steven Sim dan veteran DAP, Tan Sri Lim Kit Siang.

Dalam pada itu, Gobind berkata perpaduan dan semangat muhibah yang ditonjolkan oleh masyarakat majmuk merupakan antara keistimewaan dan menjadi resipi dalam menjaga keharmonian di negara ini, sekali gus memastikan kemajuan sosioekonomi semua kaum terpelihara.

Katanya, kemajuan itu juga perlu bergerak seiring dengan pembangunan digital negara sama ada dalam sektor kecerdasan buatan (AI) mahupun animasi dan untuk mencapai hasrat itu, kerajaan MADANI terus komited memastikan tiada siapa ketinggalan.

"Bagi memenuhi aspirasi itu, Kementerian Digital tekad untuk menyokong dan menolong masyarakat India di Malaysia.

"Sepanjang tahun lepas, kami telah menghulurkan bantuan kepada kuil-kuil, persatuan-persatuan India serta sekolah-sekolah Tamil di seluruh negara.

"Ini merupakan antara inisiatif Kementerian Digital dalam membantu masyarakat India di Malaysia, sejajar dengan komitmen berterusan kerajaan MADANI untuk meraikan kepelbagaian dan keharmonian rakyat Malaysia," katanya.

Gobind berkata pemberian bantuan akan diteruskan tahun ini dan usaha itu merupakan tambahan daripada inisiatif serta program yang dijalankan oleh agensi di bawah Kementerian Digital.
– BERNAMA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/02/1360205/kementerian-digital-giat-jadikan-malaysia-peneraju-serantau-ekonomi





Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.274305 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list