CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 54|Reply: 0

[Sarawak] Sebanyak enam PPS masih aktif di Sarawak

[Copy link]
Post time 14-2-2025 10:16 PM | Show all posts |Read mode


KUCHING: Sebanyak enam Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih aktif di negeri ini setakat jam 4 petang tadi.

Menurut Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), ia susulan dua PPS yang ditutup iaitu di PPS Kem Belia Mukah dan PPS Dewan Kompleks Sukan Komuniti Mukah, yang masing-masing ditutup jam 11 pagi tadi.

Katanya, daripada enam PPS masih aktif itu, dua menempatkan mangsa banjir, tiga PPS bagi mangsa tanah runtuh dan satu untuk mangsa kebakaran.

Sekretariat berkata, mangsa banjir yang masih tinggal di PPS melibatkan 64 Ketua Isi Rumah (KIR) dengan 205 orang mangsa.
Manakala bagi mangsa tanah runtuh ia melibatkan 52 KIR dengan 211 orang mangsa terjejas di Sibu dan Miri.

Bagi mangsa kebakaran ia melibatkan tujuh KIR dengan 35 orang mangsa di bahagian Sibu.

Ia menjadikan jumlah keseluruhan mangsa yang masih terjejas setakat ini adalah 123 KIR dengan 451 mangsa di seluruh negeri setakat ini.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:00 AM GMT+8 , Processed in 0.131797 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list