Edited by Vellfire at 14-2-2025 02:21 PM
Polis tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan golongan mat motor: Parum
![](https://www.utusanborneo.com.my/sites/default/files/images/article/20250213/lbg-ub130225-dm-matmotor.jpg)
Tindakan menghadang jalan berhampiran Simpang Taman Sri Patiambun dengan meletak kon dan kerusi dipercayai dilakukan geng motor.
“Insiden meletak kon dan kerusi di jalan utama sudah dipantau dan kejadian berlaku sebelah subuh dan akan ada tangkapan dibuat.”
Parum Niot Ketua Polis Daerah Limbang
Oleh Mastura Ismail
LIMBANG: Polis tidak menolak kemungkinan perbuatan meletakkan kon dan kerusi pada tengah malam sehingga menghadang jalan berhampiran simpang Taman Sri Patiambun dekat sini dilakukan golongan mat motor.
Ketua Polis Daerah Limbang Superintenden Parum Niot berkata insiden yang boleh mencetuskan kebimbangan orang ramai itu sudah dipantau anggotanya.
“Insiden meletak kon dan kerusi di jalan utama sudah dipantau dan kejadian berlaku sebelah subuh dan akan ada tangkapan dibuat,”katanya kepada media hari ini.
Mengulas insiden awal pagi Selasa itu, katanya sebelum ini pelaku hanya meletak sedikit kerusi dan kon di separuh jalan.
“Bagaimanapun pada pagi Selasa mereka meletakkan kon dan kerusi sehingga menghadang keseluruhan jalan,” katanya sambil tidak menolak kemungkinan perbuatan itu dilakukan mat motor.
Tegasnya pemantauan akan diteruskan terhadap perbuatan meletak kon dan kerusi di jalan tersebut.
Pengerusi Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Taman Sri Patiambun Awangku Wahab Awangku Matussin berkata insiden tersebut dipercayai berlaku jam 1 pagi pada Selasa.
“Laporan berkaitan insiden itu diterima pihak kita pada jam 2.59 pagi, namun pada jam 5.30 pagi, kerusi dan kon itu sudah diletakkan secara berselerak di tepi jalan,”katanya.
Jelasnya lagi laporan polis sudah dibuat mengenai insiden itu.
Awangku Wahab turut melahirkan kebimbangan mengenai insiden yang dipercayai berlaku dalam seminggu lepas boleh mengundang kejadian jenayah dan perkara tidak diingini yang boleh menggugat keselamatan orang awam.
|