CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 51|Reply: 0

[Sarawak] Tiada kenaikan harga LPG PETROS di Sarawak

[Copy link]
Post time 14-2-2025 10:22 PM | Show all posts |Read mode


Gambar hiasan

KUCHING: Tiada kenaikan harga bagi gas petroleum cecair (LPG) Petroleum Sarawak Bhd (PETROS) di seluruh negeri ini walaupun berlaku gangguan bekalan akibat banjir di Bintulu baru-baru ini.

PETROS dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa tanah runtuh akibat banjir di Kilang Pembotolan LPG Pusaka Integrated Resources di Bintulu menyebabkan operasi kilang dihentikan sementara demi keselamatan masyarakat sekitar.

Menurut kenyataan itu, bagi memastikan bekalan LPG berterusan untuk pelanggan di bahagian utara Sarawak, PETROS telah mengaktifkan pelan kelangsungan perniagaan dengan mendapatkan sumber LPG dari  Kuching dan Teluk Sepanggar di Sabah.

“Banjir telah menjejaskan operasi dan laluan pengangkutan utama menyebabkan kelewatan dalam penghantaran di beberapa bahagian di Sarawak.

“PETROS bekerjasama secara aktif dengan pihak berkuasa berkaitan, rakan logistik dan pengedar tempatan untuk mempercepatkan proses pengisian semula dan penghantaran, membolehkan situasi itu diselesaikan secepat dan selamat yang mungkin,” menurut kenyataan itu.

PETROS juga memberi jaminan kepada pelanggan bahawa jumlah silinder LPG yang ada adalah mencukupi untuk memenuhi permintaan di Sarawak.

“Kami juga sedar terdapat maklumat tidak benar tersebar di media sosial mendakwa bahawa kos pengangkutan tambahan akan dikenakan kepada pelanggan. Kami ingin memaklumkan kepada orang ramai bahawa ia tidak betul kerana PETROS akan menanggung semua kos pengangkutan untuk mengelakkan sebarang kenaikan harga,” menurut kenyataan itu.

Bagi mengelakkan situasi ini dieksploitasi, pelanggan digalakkan melaporkan mana-mana pihak yang mengenakan caj tambahan dengan menghubungi bahagian Khidmat Pelanggan PETROS di talian 1300-88-2122 untuk tindakan segera.

“Kami juga menyeru orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat palsu dan mengelak daripada melakukan pembelian panik, sebaliknya beli mengikut keperluan untuk memastikan pengagihan yang adil untuk semua,” kata kenyataan itu.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.045065 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list