CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 45|Reply: 0

[Sarawak] MPKS adakan Kempen Beli Balik Barangan Kitar Semula pada 22 Februari

[Copy link]
Post time 15-2-2025 10:15 PM | Show all posts |Read mode


Kempen beli balik barangan kitar semula, sisa elektrik/elektronik, minyak masak terpakai dan sumbangan pakaian terpakai MPKS pada 22 Februari ini.

KUCHING: Majlis Perbandaran Kota Samarahan (MPKS) akan mengadakan Kempen Beli Balik Barangan Kitar Semula pada 22 Februari ini di tempat letak kereta MPKS di Samarahan.

MPKS menerusi hebahan di Facebooknya berkata selain barangan kitar semula, turut akan dibeli balik pada kempen itu sisa elektrik/elektronik dan minyak masak terpakai.

Berlangsung dari jam 8 pagi hingga 12.30 tengah hari, turut akan diadakan pada kempen itu ialah sumbangan pakaian terpakai kepada mereka yang memerlukan.

Antara barangan kitar semula yang akan dibeli balik pada kempen itu ialah surat khabar lama, tin aluminium, besi/tembaga, botol plastik, kertas bercampur warna dan kotak.

Manakala sisa elektrik/elektronik seperti laptop, monitor, destop cpu, telefon bimbit, tablet, kamera, televisyen, pencetak, mesin basuh, pendingin hawa, peti sejuk dan sebagainya.


Kempen beli balik barangan kitar semula, sisa elektrik/elektronik, minyak masak terpakai dan sumbangan pakaian terpakai MPKS pada 22 Februari ini.
Harga belian bagi minyak masak terpakai adalah RM2.50 sekilogram manakala sisa barangan kitar semula dibeli pada harga antara RM0.30 sekilogram hingga RM3.00 sekilogram dan sisa elektrik/elektronik dibeli pada harga antar RM1.00 seunit hingga RM10.00 seunit.

Dalam pada itu selepas Tempat Letak Kereta MPKS, kempen ini akan diteruskan di Pusat Komuniti Hijau, Pasar Bandar Riyal pada 22 Mac, 21 Jun dan 25 Oktober serta di Pusat Penjaja Tambirat (26 April dan 27 September), Pusat Penjaja Asajaya (24 Mei dan 22 November) dan kembali ke Tempat Letak Kereta MPKS pada 23 Ogos dan 20 Disember.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:13 AM GMT+8 , Processed in 0.089130 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list