CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 157|Reply: 0

[Sarawak] BESS pendekatan baharu pengeluaran tenaga hijau di Sarawak

[Copy link]
Post time 15-2-2025 11:04 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 15-2-2025 03:05 PM



Abang Johari mendengar taklimat mengenai projek BESS di Loji Janakuasa Sejingkat. - Gambar Chimon Upon
KUCHING: Sarawak memperkenalkan pendekatan baharu dalam pengeluaran tenaga hijaunya dengan menggunakan bateri.

Bagi tujuan itu, Sarawak Energy melaksanakan projek Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) di Loji Janakuasa Sejingkat di sini.

BESS merupakan skala utiliti pertama di Malaysia oleh Sarawak Energy atas permintaan meningkat untuk bekalan elektrik yang boleh dipercayai.

Dengan kapasiti  60MW/82MWh, BESS menyediakan perkhidmatan grid penting, termasuk rizab kecemasan, peraturan voltan dan frekuensi serta pengurusan permintaan puncak, menyokong pengoptimumam keseluruhan penjanaan kuasa dan sistem grid.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, Loji Janakuasa Sejingkat adalah loji yang menggunakan arang batu sejak 1998.

Namun katanya, disebabkan peralihan tenaga, pihak Sarawak Energy melihat pengeluaran tenaga di Sejingkat dengan tidak menggunakan arang batu.


Abang Johari melawat projek BESS di Loji Janakuasa Sejingkat. Turut kelihatan Sharbini (kiri) dan Julaihi (kanan). - Gambar Chimon Upon
"Hari ini saya melihat penyimpanan bateri di Sejingkat ini di mana ia akan mengeluarkan tenaga dan turut digunakan untuk pengeluaran tenaga melalui grid negeri.

"Ini adalah yang pertama di Malaysia di mana kita menggunakan bateri untuk pengeluaran tenaga yang dapat menampung pengeluaran tenaga 60MW.

"Sarawak Energy telah membelanjakan RM128 juta untuk 22 kontena mengandungi bateri yang boleh menjana tenaga.

"Dan, kalau ini berjaya kita boleh gunakan di tempat lain, contohnya di Empangan Hidro Batang Air untuk loji jana kuasa kita dan untuk menambah pengeluaran tenaga kita di luar bandar," ujarnya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke tapak projek BESS di Loji Janakuasa Sejingkat di sini, hari ini.

Turut serta ialah Pengerusi Sarawak Energy Dato Ibrahim Baki, Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi dan Setiausaha Kerajaan Sarawak Datuk Amar Mohamad Abu Bakar Marzuki.

Sementara itu, BESS juga sejajar dengan cita-cita Sarawak untuk mencapai status pendapatan tinggi menjelang 2030 di bawah Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, yang mengenal pasti tenaga boleh diperbaharui sebagai pemboleh utama kemajuan ekonomi mampan negeri.

Peralihan Loji Janakuasa Sejingkat daripada sumber arang batu kepada penggunaan bateri mencerminkan komitmen Sarawak Energy terhadap tanggungjawab alam sekitar dan mengurangkan pelepasan karbon.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sarawak Energy Datuk Sharbini Suhaili dalam satu kenyataan berkata, inisiatif BESS bukan sahaja dapat melindungi kebolehpercayaan bekalan elektrik Sarawak Energy, tetapi juga meningkatkan keupayaan untuk menjana industri, perniagaan dan komuniti di seluruh Sarawak.

Lebih penting katanya, misi Sarawak Energy adalah untuk menerangi Sarawak, memupuk daya tahan ekonomi dan memastikan akses yang saksama kepada tenaga tanpa mengira lokasi geografi.


Sarawak memperkenalkan pendekatan baharu dalam pengeluaran tenaga hijaunya menerusi BESS. - Gambar Chimon Upon



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:10 AM GMT+8 , Processed in 0.036345 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list