CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 265|Reply: 0

[Sarawak] PETROSNiaga berusaha pastikan bekalan silinder LPG di Miri, Bintulu mencukupi

[Copy link]
Post time 15-2-2025 11:07 PM | Show all posts |Read mode


Julaihi bercakap kepada pemberita di Loji Janakuasa Sejingkat, tapak projek BESS hari ini. - Gambar Chimon Upon

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) menerusi PETROSNiaga Sdn Bhd sedang mengambil tindakan untuk memastikan bekalan silinder gas petroleum cecair (LPG) di Miri dan Bintulu mencukupi.

Menteri Utiliti dan Telekomunikasi Dato Sri Julaihi Narawi berkata, gangguan bekalan silinder LPG di bahagian tersebut berlaku di luar dugaan disebabkan bencana alam.

"Jadi mereka (PETROSNiaga) telah menghantar bekalan daripada Senari di Kuching ke Miri dan Bintulu sebab kilang pembotolan di Bintulu tidak dapat digunakan untuk menghasilkan LPG disebabkan tanah runtuh.

"Saya berharap para pengguna bersabar kerana mereka (PETROSNiaga) sedang berusaha sedaya upaya untuk menghantar bekalan dari Senari," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyertai Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg melawat Sistem Penyimpanan Tenaga Bateri (BESS) di Loji Janakuasa Sejingkat di sini, hari ini.

Mengenai aduan kenaikan harga oleh pengedar, Julaihi berkata beliau telah mengarahkan PETROS untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pengedar yang menaikkan harga.

Katanya, silinder LPG ditetapkan pada harga RM26.60 bagi silinder bersubsidi untuk pengguna domestik sahaja.

"Saya harap pengedar tidak mengambil kesempatan dalam keadaan yang sukar ketika ini dan semua pihak perlu bekerjasama dalam keadaan bencana alam yang kritikal ketika ini," katanya.

Untuk makluman kata  Julaihi, PETROSNiaga telah menyuntik sebanyak RM50 juta bagi membekalkan 350,000 silinder baharu di pasaran, meningkat dua kali ganda dengan jumlah silinder LPG dalam pasaran kini adalah 1.8 juta.  


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.037151 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list