CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 660|Reply: 0

[Sabah] Empat pasangan berkhalwat ditahan dalam ‘Operasi Valentine’

[Copy link]
Post time 15-2-2025 11:17 PM | Show all posts |Read mode


TANGKAP: Pasukan operasi ketika menjalankan pemeriksaan ke atas beberapa individu yang didapati berkhalwat.

LAHAD DATU: Empat pasangan ditahan di daerah ini, semalam selepas didapati berkhalwat menerusi Operasi Valentine oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS) Lahad Datu.

Pegawai Tadbir Agama JHEAINS Lahad Datu, Mardi Ariffin berkata operasi berkenaan dijalankan bermula pada jam 9.30 malam hingga 3 pagi.

Katanya, sasaran operasi berkenaan adalah di sekitar hotel atau penginapan bajet yang dipercayai digunakan oleh pasangan untuk tujuan maksiat.

“Seramai 12 anggota penguatkuasa JHEAINS dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan beberapa bilik di empat hotel bajet di sekitar daerah ini.

“Hasil operasi berkenaan, empat pasangan bukan suami isteri berusia lingkungan 20-an telah ditahan atas kesalahan berkhalwat,” katanya ketika ditemui, di sini.

Mardi berkata, turut ditemukan dalam operasi berkenaan adalah kondom dan ubat kuat dipercayai digunakan oleh pasangan terbabit.

“Semua individu terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Lahad Datu untuk tindakan lanjut dan  akan didakwa mengikut Seksyen 84 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah Sabah.

“Jika sabit kesalahan, mereka boleh dikenakan denda maksimum RM2,000 atau penjara sehingga satu tahun, atau kedua-duanya sekali,” katanya.

Terdahulu, Mardi menjelaskan bahawa operasi yang dilakukan ini bertujuan memastikan masyarakat tidak terlibat dalam perbuatan mendekati zina.

“Kita tidak mahu masyarakat, khususnya umat Islam, terjebak dalam perbuatan yang bertentangan dengan ajaran Islam, terutamanya zina sama ada di tempat tertutup mahupun terbuka,” katanya.


https://www.utusanborneo.com.my/2025/02/15/empat-pasangan-berkhalwat-ditahan-dalam-operasi-valentine

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:52 AM GMT+8 , Processed in 0.591733 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list