CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1963|Reply: 0

[Sarawak] Penduduk RPR SPPS Sebiew puji tindakan pantas BDA bersihkan sampah pascabanjir

[Copy link]
Post time 15-2-2025 11:35 PM | Show all posts |Read mode


Keadaan bahagian hadapan rumah penduduk kini kembali ceria setelah dibersihkan oleh pihak BDA.
BINTULU: Penduduk memuji dan berterima kasih kepada Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) yang bertindak memberikan bantuan dengan menyegerakan pembersihan sampah sarap pascabanjir yang bertimbun di kawasan perumahan Rancangan Perumahan Rakyat (RPR) (SPPS) Sebiew Bintulu hari ini.

Antaranya, Lorong A9 berhadapan Sekolah Kebangsaan (SK) Bintulu yang dilaporkan Utusan Borneo pada 12 Februari lalu mendapat tindak balas positif daripada BDA yang membersih dan melupuskan sampah di tempat pembuangan sampah pelbagai barangan rosak dan musnah akibat banjir di hadapan rumah penduduk Lorong A RPR SPPS Sebiew.


Keadaan kawasan perumahan penduduk RPR SPPS Sebiew yang kini kembali bersih.

Kerja-kerja pembersihan menggunakan jengkaut untuk mengangkut sampah besar dan kecil sebelum dimasukkan dalam lori dilakukan dengan lancar hari ini sehingga keadaan di hadapan kawasan perumahan terbabit kini tidak lagi menyakitkan mata.

Sistem perparitan di kawasan terbabit turut dibersihkan dengan keadaan air dalam paritnya dilihat kembali lancar alirannya.

"Kita berharap usaha-usaha ini akan membantu memulihkan kehidupan penduduk dengan lebih tenang dan kembali kepada sedia kala," kata penduduk.


Kerja-kerja pembersihan menggunakan jentera jengkaut dilakukan oleh BDA hari ini.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:01 AM GMT+8 , Processed in 0.033937 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list