CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10254|Reply: 0

[Sabah] UMNO Sabah sahkan belum ada bincang gabungan

[Copy link]
Post time 16-2-2025 05:14 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 16-2-2025 09:16 AM



SUHAIMI

KOTA KINABALU: Ketua Penerangan UMNO Sabah, Datuk Suhaimi Nasir mengesahkan belum ada sebarang keputusan untuk mengadakan gabungan dengan mana-mana parti politik di Sabah sehingga kini.

Suhaimi berkata, pihaknya juga mengesahkan tiada sebarang perbincangan rasmi atau kesepakatan antara UMNO Sabah dan Parti Warisan seperti yang tular di media sosial.

Katanya, segala laporan yang tular sebelum ini hanyalah spekulasi dan tidak mewakili pendirian rasmi UMNO Sabah.

“UMNO Sabah kekal fokus dalam memperkukuhkan parti serta memperjuangkan kepentingan rakyat Sabah.

“Dalam menghadapi sebarang kemungkinan, UMNO Sabah telah bersiap siaga dengan strategi tersendiri bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang,” katanya dalam kenyataan media, di sini, hari ini.

Beliau yakin dengan kepercayaan rakyat dan pengalaman menguruskan kebajikan serta pembangunan negeri, UMNO Sabah akan terus menjadi pilihan utama pengundi di Sabah.
Sehubungan itu, katanya, UMNO Sabah menasihatkan semua pihak agar tidak terpengaruh dengan spekulasi yang tidak berasas.

“Sebarang Keputusan atau pengumuman rasmi akan dibuat melalui saluran yang sah pada masa yang sesuai,” katanya.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 04:12 AM GMT+8 , Processed in 0.101194 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list