CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 10687|Reply: 0

[Sarawak] Pemandu lori balak maut kemalangan di Belaga

[Copy link]
Post time 16-2-2025 06:26 PM | Show all posts |Read mode
Edited by Vellfire at 16-2-2025 02:27 PM





Pasukan bomba sedang berusaha mengeluarkan mangsa dari bawah timbunan kayu balak sejurus berlaku kemalangan.

BINTULU: Seorang lelaki yang merupakan pemandu sebuah lori yang sarat dengan muatan kayu balak menemui maut setelah lori yang dipandunya terbabas ke bahu jalan dalam kemalangan yang berlaku di Jalan Empangan Murum di Belaga malam tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengesahkan, mangsa yang dikenali sebagai Muhie Nawan, 44, disahkan maut di lokasi akibat dihempap muatan balak yang dibawanya itu.

"Sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Belaga bergerak ke lokasi setelah menerima panggilan berhubung insiden sekitar jam 8.36 malam," ujarnya.

Sampai di lokasi, pasukan bomba mendapati berlakunya kemalangan yang membabitkan sebuah lori yang sarat dengan muatan balak yang mana terdapat seorang mangsa masih berada pada bahagian bawah kayu balak berkenaan.

Pasukan bomba katanya bertindak mengeluarkan mangsa dengan bertindak mengalihkan lori dan kayu balak dengan menggunakan sebuah jengkaut.

"Sejurus berjaya dikeluarkan, mayat mangsa diserahkan kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan selanjutnya," jelas beliau.

Setelah keadaan didapati benar-benar selamat, pasukan bomba menamatkan operasi menyelamat pada jam 11.07 malam.



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-2-2025 03:51 AM GMT+8 , Processed in 0.033951 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list