CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 22668|Reply: 0

[Pulau Pinang] Kon Yeow kekal terajui majlis pimpinan PH Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 28-2-2025 01:23 AM | Show all posts |Read mode
Edited by sfhzuraz at 28-2-2025 01:26 AM

Kon Yeow kekal terajui majlis pimpinan PH Pulau Pinang

27 Februari 2025 09:09pm




Chow Kon Yeow




GEORGE TOWN - Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow, dilantik semula sebagai Pengerusi Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang bagi tempoh 2024-2026 dalam Mesyuarat Agung Tahunan gabungan itu yang berlangsung hari ini.

Beliau turut mengumumkan barisan kepimpinan baharu PH Pulau Pinang yang terdiri daripada 33 ahli, dengan setiap parti komponen - DAP, PKR dan Parti Amanah Negara (Amanah) - diwakili oleh 11 anggota.


Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, mengekalkan jawatan Timbalan Pengerusi, bersama Pengerusi DAP Pulau Pinang yang baharu, merangkap Menteri Sumber Manusia, Steven Sim Chee Keong serta Setiausaha Agung Amanah yang juga Pengerusi Amanah Pulau Pinang, Muhammad Faiz Fadzil.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi DAP Pulau Pinang, Ramkarpal Singh, Timbalan Pengerusi Amanah Negeri, Dr. Zaidi Zakaria, serta Timbalan Ketua Menteri 1, Datuk Dr. Mohamad Abdul Hamid, masing-masing dilantik sebagai Naib Pengerusi PH negeri.


Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying, dikekalkan sebagai Setiausaha, manakala Pengarah Komunikasi PH Pulau Pinang, Muhammad Hamdi Md Nor, dilantik sebagai Bendahari.

Menurut Kon Yeow, pelantikan barisan kepimpinan baharu ini mencerminkan komitmen PH Pulau Pinang dalam memperkukuh kerjasama antara parti komponen serta memperjuangkan agenda rakyat.


"PH Pulau Pinang yakin bahawa kepimpinan baharu ini akan terus memperkukuh kestabilan politik negeri, memperjuangkan kebajikan rakyat serta memastikan kesinambungan agenda reformasi yang telah digariskan.

"Kami juga menegaskan bahawa kerjasama erat antara parti komponen DAP, PKR, dan Amanah bersama-sama Barisan Nasional akan terus dipertingkatkan bagi memastikan kesinambungan pentadbiran berkesan serta pembangunan mampan untuk Pulau Pinang," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat tersebut di Ibu Pejabat DAP Pulau Pinang di sini hari ini.


Kon Yeow turut memaklumkan bahawa mesyuarat tahunan PH Pulau Pinang yang sepatutnya diadakan pada 2024 terpaksa ditangguhkan susulan kesibukan jadual.

Pada pemilihan DAP yang lalu, Kon Yeow memutuskan untuk tidak mempertahankan jawatan Pengerusi DAP Pulau Pinang yang disandangnya selama 25 tahun dengan jawatan tersebut kini diisi oleh Steven Sim. - Bernama

Senarai Jawatankuasa Majlis Pimpinan PH Pulau Pinang 2024/2026:

Pengerusi: Chow Kon Yeow (DAP)

Timbalan Pengerusi: Nurul Izzah Anwar (PKR)

Timbalan Pengerusi: Steven Sim Chee Keong (DAP)

Timbalan Pengerusi: Muhammad Faiz Fadzil (Amanah)

Naib Pengerusi: Ramkarpal Singh (DAP)

Naib Pengerusi: Dr Zaidi Zakaria (Amanah)

Naib Pengerusi: Datuk Dr Mohamad Abdul Hamid (PKR)

Setiausaha: Lim Hui Ying (DAP)

Timbalan Setiausaha: Zulkiefly Saad (PKR)

Timbalan Setiausaha: Zahar Zainul (Amanah)

Bendahari: Muhammad Hamdi Md Noor (Amanah)

Timbalan Bendahari: R.Hari Krishnan (PKR)

Timbalan Bendahari: Teh Lai Heng (DAP)

Ketua Penerangan/Komunikasi: Abdul Mohsein Mohd Shariff (PKR)

Ketua Pilihan Raya: Woo Sze Zeng (DAP)

Ahli Jawatankuasa:
Zairil Khir Johari (DAP)

Yeoh Soon Hin (DAP)

Fahmi Zainol (PKR)

A. Kumaresan (PKR)

Muhammad Suzuki Ahmad (Amanah)

Fadzil Abdullah (Amanah)

Datuk Seri S.Sundarajoo (DAP)

Goh Choon Aik (PKR)

Datuk Abdul Malik Abdul Kassim (PKR)

Ramli Omar (Amanah)

Mohd Yusoff Mohd Noor (Amanah)

Zuraida Mohamad Arshad (Amanah)

Chong Wei Hoong (DAP)

Lim Siew Khim (DAP)

Muhamad Fadzli Roslan (PKR)

Nurhidayah Che Rose (PKR)

Muhamad Khairul Mohd Ali (Amanah)

Aida Yusof (Amanah)

- BERNAMA

https://www.sinarharian.com.my/article/715147/berita/politik/kon-yeow-kekal-terajui-majlis-pimpinan-ph-pulau-pinang


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-3-2025 02:57 PM GMT+8 , Processed in 0.058229 second(s), 13 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list